Tuesday, August 12, 2008

Salah Faham Terhadap Islam

 
 

Kenapa Cipta Non Muslim?

 
 

Soalan detail: Jika Allah adil, kenapa tidak dicipta semua manusia sebagai Muslim?

 
 

Semua dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka semua adalah Muslim ketika dilahirkan.

 
 

Yang penting ialah keadaan mati, bukan lahir.

 
 

2:6 "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman"

 
 

17:15 Tanggungjawab diletak selepas seseorang telah melihat dan mendengar petunjuk

 
 

Bukan semua non Muslim adalah kafir – Perkataan kafir adalah datang daripada perkataan kufur, iaitu menolak kebenaran. Jika seseorang non Muslim itu tidak pernah mendengar mengenai kebenaran Islam atau tidak pernah diterangkan mengenai kebenaran Islam, maka tidak timbul persoalan bahawa dia telah menolak Islam. Penolakan terhadap Islam hanya berlaku jika dia telahpun mendengarnya, tetapi dia dengan sengaja menolaknya.

 
 

4:40 Allah tidak menganiaya walau seberat zarah.

 
 

Syahadah boleh terbatal – Sebagai Muslim, kita belum tentu akan kekal dalam Islam ketika kita mati nanti, kerana ada juga di kalangan Muslim yang dengan sengaja mensyirikkan Allah dengan apa saja cara. Maka orang yang dilahirkan dalam keluarga Muslim belum tentu akan kekal Islam.

 
 

Analogi: Markah peperiksaan bergantung kepada tahap ujian

 
 

Muslim diuji dengan hebat oleh Allah semasa di dunia. Walaupun ujian kepada Muslim lebih besar daripada non Muslim, tetapi "markah lulus" Muslim untuk memasuki syurga adalah rendah. Contohnya, jika seseorang guru memberi soalan ujian yang begitu susah, maka markah lulus akan direndahkan kepada 30%.

 
 

Non Muslim (BUKAN kafir) juga diuji oleh Allah. Tetapi ujian mereka tidaklah sehebat Muslim. Maka "markah lulus" bagi mereka ke syurga adalah tinggi. Contohnya, jika seseorang guru memberi soalan ujian yang begitu senang, maka markah lulusnya akan ditinggikan kepada 70%.

 
 

Contoh kes: Adebayor adalah seorang lelaki yang tinggal di kawasan hutan Afrika. Sejak kecil hingga ke tua dan seterusnya mati, dia langsung tidak pernah mendengar tentang agama Islam. Sepanjang hidupnya, beliau selalu berfikir tentang kewujudan Pencipta, tetapi beliau tidak tahu siapakah Pencipta itu. Beliau juga mempunyai akhlak yang baik. Walaubagaimanapun, beliau menyembah pokok dan alam kerana itulah yang diajar oleh nenek moyang, biarpun di hati kecilnya meragui amalan tersebut. Maka apakah kemungkinan nasib orang seperti ini berdasarkan 2:6, 17:15 dan 4:40? Allah sahaja yang tahu "markah lulus"nya.

No comments: