Tuesday, August 12, 2008

Islam Agama Susah??

Islam Agama Susah

 
 

2:185 "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"

 
 

4:28 "Allah hendak meringankan (beban) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah"

 
 

22:78 "Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama"

 
 

2:286 "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

 
 

Hadith Bukhari 8:6125 "Permudahkan jangan disusah-susahkan. Gembirakan jangan ditakut-takutkan"

 
 

Hanya sedikit benda yang diwajibkan dan diharamkan, contohnya arak. Bayangkan jika arak halal, apa akan jadi dengan manusia keseluruhannya sekarang?

 
 

2:216 Boleh jadi benda yang kita benci adalah baik untuk kita, dan benda yang kita suka adalah buruk untuk kita.

 
 

Analogi: Budak kecil dan api; Kita diwajibkan ke sekolah

 
 

Sebagai kanak-kanak yang masih kecil, kebiasaannya mereka tidak faham kenapa ibubapa mereka melarang atau menyuruh melakukan sesuatu perkara, sbg contohnya, bermain api atau pergi ke sekolah. Begitu juga manusia. Setiap larangan Allah itu ada sebab musababnya yang tersendiri. Sebahagian daripadanya mudah untuk kita fahami. Sebahagian yang lain memerlukan kajian jika hendak difahami.

 
 

Adalah tidak menjadi kesalahan untuk mengkaji hikmah (sebab musabab) sesuatu perkara itu sama ada disuruh atau dilarang oleh Allah. Juga bukanlah kesalahan jika seseorang menerima suruhan dan larangan Allah tanpa memerlukan apa-apa penjelasan (terima bulat-bulat). Cuma apabila kita berdepan dengan seseorang yang mempunyai masalah untuk menerima suruhan atau larangan Allah, maka adalah satu kelebihan jika kita tahu bagaimana hendak menjelaskan hikmah-hikmah tersebut.

 
 

Persoalan tambahan oleh Atheist: "Lebih baik tidak ada agama supaya tidak terikat dengan apa-apa peraturan"

 
 

Analogi: Peraturan jalan raya

 
 

Bayangkan jika secara tiba-tiba semua peraturan jalanraya dihapuskan. Tidak perlu ikut lampu isyarat. Semua kenderaan boleh dipandu mengikut arah yang dikehendaki. Maka apakah yang berlaku kepada kita semua?

No comments: