Tuesday, August 12, 2008

Salah Faham Terhadap Islam -Kenapa Cipta Neraka?

Salah Faham Terhadap Islam


Kenapa Cipta Neraka?


Persoalan detail: Tuhan itu zalim. Kenapa Dia perlu mencipta neraka untuk menyeksa manusia?


Keampunan dari Allah lebih besar daripada kesalahan manusia.


39:53 "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa"


4:48,116 Hanya syirik tidak diampunkan


25:70 Kejahatan diganti kebaikan jika bertaubat dan amalkan kebaikan.


{Dalam 39:53, perkataan "hamba-hambaKu" menunjukkan ia dituju kepada golongan Muslim, tetapi dalam 4:48,116 Allah menyatakan kepada semua manusia sama ada Muslim ataupun non Muslim}


Seseorang menjadi kafir hanya selepas menolak petunjuk yang jelas mengenai kebenaran Islam.


17:15 Tanggungjawab diletak selepas seseorang telah melihat dan mendengar petunjuk


Semua manusia sama ada Muslim ataupun non Muslim tidak boleh menyalahkan syaitan di atas dosa masing-masing.


14:22, 15:39-40, 16:99 Syaitan tiada kuasa, ia cuma goda, tapi manusia putuskan


Peluang mendapat ganjaran pahala dan kebaikan adalah amat luas. Hanya dengan niat mahu melakukan kebaikan, ganjaran pahala sudahpun diberi. Malah kebaikan yang sedikit dan kecil itu akan digandakanNya. Tetapi dosa akan diberi setelah kesalahan dilakukan. Itupun Allah amat mudah untuk mengampunkannya.


4:40 "…Dan kalaulah (amal seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan digandakannya…"


Allah tidak berhenti memberi keampunan kecuali kita berhenti meminta ampun! Walaupun begitu, Allah masih boleh mengampunkan jika Dia kehendaki.


Maka peluang mengelak diri daripada memasuki neraka sebenarnya amat luas terbentang. Tetapi manusia sendiri yang kerap mengabaikan petunjuk, melepaskan peluang kebaikan dan meletakkan nafsu melebihi akal dalam kehidupan mereka. Oleh itu, memang layaklah bagi golongan seperti ini dihukum di dalam neraka

No comments: