Monday, April 14, 2008

SUNYI JIWA ROHANI

SUNYI JIWA ROHANI

Kesunyian sebenarnya ialah imbangan mutlak antara tubuh,

minda dan jiwa iaitu perbuatan serta sikap hidup sejati.

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN

shaharomtm@yahoo.com

KESUNYIAN sering diertikan sebagai ketiadaan bunyi bising. Selain itu, kesunyian juga merupakan suatu pengalaman rohani, sesuatu yang mempengaruhi diri setiap orang pada tahap berbeza-beza.Orang yang gembira dan puas hatinya menemui keselesaan di sebalik kesunyian. Nelayan warga emas yang duduk berjam-jam merenung lautan dan petani yang memerhati hamparan bendangnya, masing-masing sedar akan kewujudan unsur yang menenangkan itu.

Kita juga biasa berhadapan dengan emosi yang lahir daripada suasana sunyi sekalipun singkat iaitu tatkala jenazah diberi penghormatan. Kesunyian sedemikian bersifat istimewa. Ia menimbulkan persoalan tentang maksud kewujudan dan dalam diri mereka yang merasainya.Menurut Jacques Castermane dalam tulisannya, Spiritual Experiences menyatakan kesunyian kehidupan rohani akan menyebabkan manusia memahami tentang kesepaduan hidup setelah mereka merasakan kesunyian yang sebegitu. Pengalaman sedemikian boleh menjadi titik tolak kepada pembangunan jiwarohani. Setiap pengalaman bersifat sementara. Akan tetapi bila diamalkan, rasa sunyiyang mendalam boleh menjadi satu pengalaman yang bersifat kekal. Ia merupakan suatu peringkat dalam kewujudan diri seseorang yang memperoleh kematangan. Ia merupakan pembawaan mental yang memberikan ruang jangkaan untukseseorang di sepanjang pertelingkahandan pertentangan dalam kehidupan hariannya. Ia adalah unsur kesepaduan yang paling penting.

Seni kesunyian sebenarnya membuka ruang daripada pengalaman yang bersifat sementara kepada yang bersifatkekal selamanya. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Claude Louis-Combert, pemikir Peranchis: "Kesunyian yang mendalam itu wujuduntuk menenangkan rasa ghairah, bersifat mutlak dan suci sehingga ledakan suara serta deraian ketawa sekalipun gagal mencemarinya. Ia adalah unsur terpenting buat setiap ungkapan yang kewujudannya ingin kita dengar dengan jelas. Ia juga penting terhadap pemaparan dan perawakan yang merangsang setiap komunikasi. Tanpa kesunyian tidak akan wujud suara ungkapan. "Menurut Kudsi Erguner dalam tulisannya, Sufi's Healing, menyatakan dalam tradisi kerohanian Islam, kesunyian merupakan sumber bagi ahli Sufi untuk mendapatkan muziknya dan menikmati keindahan iramanya yang harmonis. Ahli muzik tidak tahu apa yang akan muncul atau bila tetapi dia tidak boleh membiarkan masa berlalu; dia mesti berada di situ apabila benih bercambah. Dalam konsep spiritual atau sama, biasanya terdapat sejenis seruling yang dinamakan ney dimainkan. Seruling ney ini boleh mendedahkan wajah yang satu lagi bagiseseorang iaitu wajah dirinya yang sebenar. Bunyi ney membuka semula luka-luka dalam diri kita pada masa silam apabila kita menatang sepenuhnya tanaman, batu, air dan bintang. Ingatan tentang kesatuan ini lenyap semasa kelahiran kita. Tetapi apabila dalam kesunyian, kita mendengar nota ney yang pertama. Memori muncul dalam diri kita dan kita akan ingat semula pada tempat yang telah lenyap ini.

Menurut Ali Asani dalam bukunya, Music and Dance in The Work of Mawlana Jalal Al-Din Rumi, benarlah apa yang diperkatakan oleh penyair Sufi, Jalaluddin Rurni, "Walaupun air dan tanah liat tubuh kita telah member kesangsian kepada kita, sesuatu tentang mu& ini datang ke dalam memori kita".

Dalam-konsert spiritual, ney diiringi oleh daf (sejenis gendang), tanbur, kanun, ud dan kemence. Ahli-ahli muzik pula berkumpul di satu bahagian dan dikelilingi oleh khalayak ramai di atas permaidani dan bangku. Mereka akan memulakan upacara selepas beberapa jam berlalu dan apabila suasana menjadi sepi.

Semasa 'sama', pemuzik memainkan lagi daripada salah satu maqam. Sesetengah maqam adalah milik tradisi yang bermula sejak abad ke-14 dahulu. Ia berubah sedikit bentuknya dan terkenal. Akan tetapi ia tidak pernah dimainkan atau didengar dua kali dalam cara yang sama. Semasa 'sama' juga, pendengar dijemput untuk membuat perjalanan jiwa. Jalannya berbentuk lingkaran dan setiap tahap ditandai oleh kesunyian dan pemuzik menurut Rurni menyediakan tapak kaki. Pemain ney menunjukkan arah dan menciptakan persekitaran bagi perjalanan itu. Pada permulaan 'sama', tiada siapa pun yang dapat meneka bagaimana perjalanan akan berakhir. Segala-galanya bergantung pada penonton dan pemuzik. Akan tetapi, kedua-duanya amat terpadu sehingga mustahii untuk kita mengetahui siapa mempengaruhi siapa.

Jika dia ingin menuju Tuhan, dia mesti mengawal derianya tanpa mengongkongnya. Dalam keadaan yang sama, kita mesti menumpukan diri pada kuasa mendengar supaya ia lebih tajam dan sensitif pada sebarang perubahan nada. Kadangkala, kesunyian khalayak ramai mungkin akan menjadi begitu sempurna sehingga ia memberi kekuatan dan kelembutan terhadap pemain ney , pada nota lagunya. Pada saat ini, penafasan begitu terasa pada pemuzik dan pendengar. Menarik dan menghembus nafas kelihatan berlaku dengan automatik yakni dalam kesunyian yang berlaku secara automatik. Dalam kesunyian yang kelihatan dibuat-buat, suara ney ialah ingatan bahawa kehidupan dimenangi dengan setiap nafas. Telinga pemuzik terlatih dalam keharmonian mendengar bunyian ney. Dengan memenuhi lubang seruling, hembusannya memanjangkan ritma jagat. Dia menjadi gema kepada gerakan yang tidak berakhir. Demikianlah peranan kesunyian dalam membangkitkan semangat kerohanian dalam konsert sama. Kesunyian sebenarnya ialah imbangan mutlak antara tubuh, minda dan jiwa iaitu perbuatan dan sikap hidup sejati . Seni kesunyian adalah suatu usaha pemahaman cara untuk wujud (knowing how to be), untuk mencapai keupayaan merasa akan ketenangan, damai dan sentosa dalam setiap keadaan dalam kehidupan harian.

No comments: