Monday, April 7, 2008

Proaktif atau Reaktif….?

Saya terpanggil untuk menulis apabila melihatkan mindset dan cara pemikiran masyarakat Melayu Muslim apabila berhadapan dengan apa yang kita semua kategorikan sebagai "serangan terhadap Islam".

Serangan dan ReAksi

Dewasa ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai perkara yang kita anggap memutarbelitkan ajaran Islam dan juga memberi gambaran yang salah terhadap agama Islam yang kita semua anuti ini. Isu-isu seperti karikatur Nabi Muhammad s.a.w., the Satanic Verses oleh Salman Rushdie laknatullah, dan filem Fitna oleh Wilders semuanya memberi kesan buruk pada pandangan dunia terhadap Islam. Ditambah lagi dengan lobby media yang semuanya menjurus kepada "Islamophobia", umat Islam tidak dapat tidak berasa terancam dengan apa yang berlaku di sekeliling dunia.



Persoalannya, apa yang kita sebagai umat Islam lakukan terhadap semua ini? Adakah kita berpeluk tubuh? Adakah kita keluar untuk berhadapan dengan ancaman-ancaman ini? Itu, hanya ALLAH dan tuan punya badan sahaja yang boleh memberikan jawapan yang pasti...

Apa-apa pun, terdapat trend dalam masyarakat untuk menjadi reaktif dalam perkara-perkara sebegini. Apa maksudnya? Maksudnya, kita terlalu cepat dan mudah untuk bertindak secara kasar terhadap provokasi. Contohnya, dalam isu karikatur Nabi Muhammad, umat Islam menjadi terlalu marah dan berdemonstrasi di jalanan, yang akhirnya mangorbankan beberapa orang tidak bersalah apabila demonstrasi menjadi tidak terkawal. Dalam hal Satanic Verses, api kemarahan umat Islam begitu marak sehingga Iran telah membolehkan Salman Rusdie untuk dibunuh.

Apa yang ingin dibangkitkan disini ialah, adakah semua yang kita lakukan ini memberi impak yang maksima terhadap keadaan sekeliling? Dan apa yang kita mahu capai dengan membuat perkara-perkara sebegini?

Memahami Peradaban Barat

Kita jarang sekali mendengar suara-suara yang menyuruh kita berhenti dan berfikir mengenai apa yang kita lakukan; yang kita selalu dengar ialah suara yang menyuruh kita mara dan menghapuskan semua musuh ALLAH.

Tapi di sini saya ingin menarik perhatian semua terhadap 1 perkara yang kita jarang fikirkan: mindset masyarakat Barat.

Antara kita, mungkin ada yang mengkaji peradaban Barat, mengkaji zaman Renaissance dan impaknya terhadap pemikiran Barat. Kalau begitu, maka lebih mudahlah untuk kita mengkaji mengapa mindset Barat adalah seperti yang kita lihat sekarang.


Dutch parliamentarian Geert Wilders

Masyarakat Barat, dari zaman Renaissance hinggalah sekarang, amat mementingkan kebenaran dan kebebasan. Kepercayaan begini begitu tinggi dalam diri mereka sehinggakan mereka sanggup untuk 'menurunkan' Tuhan kepada sesuatu yang boleh difikirkan dengan logik akal (c.f. History of God, Karen Armstrong), yang juga merupakan sebab mengapa terdapat trend di dunia ini untuk menolak tuhan. Apa sekalipun halnya, kita tidak boleh menolak pandangan mereka bahawa 'freedom of speech' yang mereka warwarkan adalah 'absolute' dalam hal-hal berkenaan Islam.

Ada antara kita yang akan berkata, "mana boleh begitu, mereka perlulah senstif terhadap apa yang orang Islam rasakan". Realitinya, pada kebanyakan mereka (intelektual, sekurang-kurangnya) , apa yang dikatakan, sekiranya benar, tidak perlu ditarik balik. Dan apa yang salah, boleh diperbetulkan. Sensitiviti diambil kira selepas kebenaran. (at least, in Islam's case).

Kita mungkin akan mengatakan bahawa mereka 'double standard', tetapi realitinya, mereka memegang kuasa dunia, dan kita tidak dapat untuk merubahnya begitu sahaja.

Proaktif, bukan Reaktif.

Kalau kita tahu yang dunia ini sedemikian rupanya, maka adalah lebih baik untuk kita bersikap proaktif, dan tidak reaktif. Kita mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan, bukan bertindak terhadap segala apa yang dilontarkan oleh orang-orang yang memusuhi Islam.

Perlu diingatkan disini bahawa masyarakat di Barat bukanlah musuh umat Islam, cuma terdapat segelintir golongan yang memusuhi Islam. Pandangan peribadi, tidak sepatutnya ada istilah "Islam vs the West" ataupun "Islam and the West", tetapi apa yang kita patut fikirkan ialah "Islam IN the West".
Apa-apa pun, dalam bertindak, kita haruslah berfikir secara global dan rasional. Contoh termudah ialah seruan pemimpin-pemimpin di Malaysia untuk memboikot barangan Belanda, atas rasional mengajar kerajaan Belanda untuk menghormati sensiviti umat Islam. Persoalannya, sekiranya itu tujuan kita, selepas kita mencapai tujuan itu, apa pula yang kita akan buat? Dan apa yang kita dapat?

Dibawah saya senaraikan persoalan yang perlu difikirkan sebelum kita membuat apa-apa tindakan:

1. Apa yang kita harap untuk capai?
2. Apa kesannya pada umat Islam?
3. Apa kesannya pada masyarakat dunia?
4. Apa kesannya pada kefahaman Islam di seluruh dunia?
5. Apa kesannya pada persepsi terhadap orang Islam di seluruh dunia?
6. Adakah da'wah telah disebarkan dengan baik dengan tindakan kita?
7. Bagaimana mindset dan social background masyarakat di mana kita mengambil tindakan?
8. Apa tindakan alternatif yang kita boleh buat?
9. Adakah kita hanya berfikir dari sudut pandangan kita, dan tidak dari sudut pandangan orang lain (emphaty)
10. Sejauh manakah keberkesanan tindakan kita dalam membersihkan atau menaikkan nama Islam di seluruh dunia?
11. Adakah tindakan alternaif boleh menjawab soalan 1-10 dengan lebih berkesan?

Ini antara perkara-perkara yang perlu kita fikirkan sebelum bertindak. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk memikirkan perkara-perkara ini, kerana ia memerlukan pembacaan dan pemahaman latar masyarakat, mentaliti dan culture tempat dan masyarakat tersebut.

Dalam hal Belanda, saya kurang bersetuju dengan pendekatan memboikot terus barangan Belanda.

Mengapa?

Sebab masyarakat dan kerajaan Belanda telah mengutuk filem tersebut, dan Wilders bukanlah seorang ahli politik yang mendapat sokongan dari rakyat (kurang 15%). Tambahan lagi, populasi Muslim di Belanda mencapai 1 juta, dan andai boikot kita berkesan, ia akan meyusahkan mereka juga. Apalah guna kita 'mengajar' kerajaan Belanda yang sudah sedia mengakui bahawa mereka tidak menyokong Wilders? Dan apa yang kita mahu dilakukan terhadap Wilders? Dia dipenjarakan? Selepas itu? Adakah soalan 2 - 6 terjawab dengan baik?

Tindakan kita
Andai kita mahu mengambil tindakan terhadap kebiadaban Wilders, ada banyak lagi saluran dan cara yang kita boleh ambil. Kita boleh membuat video menerangkan salah faham tentang Islam, atau memberi fliers di jalanan kepada non muslims untuk memberi kesedaran, ataupun melobi kerajaan untuk mengeluarkan statement, ataupun berbahas secara terbuka mengenai perkara ini (dengan melibatkan media nasional dan antarabangsa), ataupun menantangani petition, etc.
Tindakan memboikot adalah sangat keras, dan pada pandangan saya, ia tidak menjawab kepada kebanyakan persoalan yang ditimbulkan, dan tidak memberi kesan secara menyeluruh terhadap isu ini.

Dan kadang kala, kita umat Islam terlalu memikirkan tentang apa yang kita mahu, dan apa yang kita rasa. Kita jarang sekali memikirkan apa yang orang lain mahu, rasa dan fikir.

Kita selalu menganggap mereka sebagai musuh agama ALLAH, dan melayan mereka dengan perasaan benci. Jarang sekali kita melihat mereka dengan pandangan ehsan, dan melihat mereka sebagai orang yang perlu dibantu dan diselamatkan dari azab ALLAH.

Kita hanya sayangkan diri sendiri, jarang sekali kita menyayangi orang yang tidak se'aqidah dengan kita.

Wallahua'lam

p/s: Saya tidak mahu samakan situasi ini dengan Israel, sebab sudah agak jelas apa yang mereka lakukan. ataupun dengan Denmark, sebab jelas kerajaan menyokong. Treat each situation differently.

No comments: