Wednesday, June 24, 2009

Persiapan para da'ie Di Bumi UTM

MUQADDIMAH

Sesebuah Harakah Islamiyah perlu didukungi oleh para da’ie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha ta’rif (dakwah), takwin (tarbiyah), tanfiz (pelaksanaan tugas) dan tamkin (pengukuhan).

Untuk pengetahuan umum, Alhamdulillah bermula semester lepas kita telah menambah baikkan sistem manhaj usrah Rakan Masjid UTM. Ia lebih kepada penambah baikkan terhadap sistem usrah berdasarkan waqi' semasa pimpinan, ahli dan kempus. Selepas ana diberi amanah untuk memegang syu'bah ini, ana telah mengubah sedikit manhaj usrah usran sebelum ini. Dimana kali ini ana cuba wujudkan sistem marhalah dalam usrah sepertimana dalam draf silibus usrah PKPIM Pusat. Pada semester lepas kami bermula dengan marhalah ta'arif untuk semua pimpinan. Dimana didalam silibus ini, kami membincangkan asas-asas islam seperti aqidah, tauhid, ciri2 islam, akhlak islamiyyah dan lain-lain tajuk asas untuk memberi kefahaman terhadap tasauf islam yang sebenar. Ini adalah kerana, ahli-ahli terdiri daripada latarbelakang disiplin ilmu yang berbeza dan kebanyakkan bukan dalam pengajian islam. Disini kami cuba wujudkan kesatuan dalam fikir dan amal. Untuk semester lepas, usrah ini adalah usrah pimpinan. Pada semester akan datang, silibus usrah ini akan dijadikan usrah unit. Dimana kemasukkan pelajar baru pada semester yang akan dibuka nanti, setiap pimpinan akan diberikan beberapa orang anak usrah untuk dijadikan usrah unit. Usrah unit tidak bersama2, dimana setiap naqib dan naqibah buat usrah unit bergantung pada hari yang mereka setujui dengan anak usrah masing-masing. Selain usrah unit ini, terdapat juga usrah pimpinan. Ini tidak ana perincikan dalam ni sebagai sir wa'haza manhaj usrah kita.

InsyaAllah, kepulangan pimpinan pada cuti ini adalah bukan bercuti. semata-mata. Tetapi kepulangan mereka dengan persiapan untuk meneruskan perancangan tarbiyyah di semester hadapan. Alhamdulillah, sebelum pimpinan pulang ke kg masing-masing. Ana telah memberi tugasan-tugasan untuk mereka laksanakan. Diharap kepulangan mereka di bumi UTM ini dengan persediaan yang sepenuhnya untuk memikul beban dakwah di bumi utm ni. Ana mengulangi kata-kata yang selalu ana ungkapkan dihadapan pimpinan, "Hebatnya Rakan Masjid bukan pada nama dia RM, bukan kerana di bawah naugan Masjid Sultan Ismail, tetapi hebatnya Rakan Masjid adalah kerana hebatnya petugas-petugas (jundullah) didalamnya".

Dalam menjalankan kegiatan dakwah, setiap da’ie hendaklah memiliki beberapa persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqomah di atas jalan perjuangan ini. Khususnya kepada sahabat yang bersama-sama bergerak kerja suatu wadah bergelar Rakan Masjid ini. Harapannya agar kita terus istiqomah apabila keluar dari alam kempus ini. Menjadi tanggungjawab kita memastikan Rakan Masjid ini terus menjadi persatuan islam setanding dengan persatuan islam lain. Serta bersama-sama kita bergerakkerja untuk melahirkan mata-mata rantai perjuangan di bumi UTM ini. Adalah amat penting kita di peringkat kempus untuk menkadirkan seramai mungking ahli-ahli agar ahli-ahli yang bakal dilahirkan akan dikadirkan atau disalurkan terus kedalam jemaah di peringkat kawasan dan negeri umumnya. Perlu untuk setiap orang igat, kegagalan kita mengkadirkan ahli-ahli akan memberi kesan kepada pengkadiran jemaah. Ini adalah kerana, kempus adalah pusat mentarbiyyah dan mengkadirkan ahli dan pimpinan. Oleh itu perlu kepada persiapan yang mantap dalam pelbagai aspek khususnya para pimpinan untuk memastikan manhaj tarbiyyah yang telah kita rangcangkan sebelum ini berjalan dengan baik.

Di antara persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah para daie' adalah:

PERSIAPAN ILMU

Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah persiapan ilmu.

Secara keseluruhannya, setiap da’ie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi proses pembentukan jamaah, pelaksanaan dakwah, proses mengambil alih kuasa pemerintahan, penggubalan perlembagaan, pelaksanaan sistem pendidikan, sosialisasi masyarakat, penguatkuasaan undang-undang dan konsep hubungan antarabangsa Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah dan sejarah Islam.

Sekurang-kurangnya setiap da’ie berkewajipan mengetahui ajaran dan system hidup Islam secara umum, pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat, perkembangan politik semasa.

Sebagai para pendokong HARAKAH ISLAMIAH, setiap da’ie hendaklah memahami penubuhan, perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran HARAKAH ISLAMIAH yang diperjuangkannya.

Demi kebebasan dakwah, setiap da’ie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dakwah dan pengurusan dakwah.

Sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang da’ie juga perlu menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul al-Fiqh, ilmu Maqasid al-Syariah, Fiqh al-Awlawiyat, al-Siyasah al-Syar’iyyah serta sejarah pemerintahan dan pembinaan hukum Islam.

Kemantapan ilmu akan menjadikan para da’ie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah dan semasa seperti tahaluf siyasi, konsep negara Islam, kedudukan non-muslim di dalam negara Islam, hubungan antarabangsa Islam dan lain-lain.

PERSIAPAN MENTALITI

Di antara persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah sifat bijaksana (fatanah) iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah,mengenalharakah Islamiahti kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempata yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya.

Seseorang da’ie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya kepimpinannya secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam mengenal harakah Islamiahti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang berkesan dalam memimpim gerakan dakwah HARAKAH ISLAMIAH ke arah mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.

PERSIAPAN JASMANI

Setiap da’ie berkewajipan menjagai kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat.

Lantaran itu, setiap da’ie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti serap meminum minuman yang manis, makan banyak dan merokok.

Setiap da’ie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang, menembak dan mendaki gunung.

Selain itu juga, berdasarkan situasi sekarang ini. Para daie' mestilah mempelajari ilmu-ilmu tambahan sebagai pelengkap seperti ilmu seni mempertahankan diri seperti silat dan ilmu-ilmu peyelenggaraan kenderaan samaada motor atau kereta. Oleh itu, para daie' perlu mempelajari pelbagai disiplin ilmu agar sebagai pelengkap untuknya menghadapi pelbagai kaedaan dan situasi.

PERSIAPAN ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN

Di antara persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para da’ie ialah meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara’ dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui keampunan dan keredhaan Allah.

Manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w

Berhubung dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap da’ie mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain.

Seseorang da’ie yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah dan siasah.


(ana ringkaskan daripada sebuah buku harakah islamiyyah)


Amanah daripada;

(MOHAMAD HAFSAN BIN HUSSIN)

Syu'bah Dakwah Dan Tarbiyyah Rakan Masjid)

Sesi 2009/2010

Wahai Petugas Agama Allah, Terimalah Sentuhan Kasih Dari Rabbmu..

Kasih Ilahi..

HambaKu menyombongkan diri terhadapKu
dengan pelbagai kemegahan,

padahal Akulah yang melindungi mereka

ditempat tidur mereka,

Aku yang menciptakan..

namun yang disembah adalah selainKu.

Aku yang memberi rezeki

namun selainKu yang disyukuri.


KebaikkanKu sentiasa turun
kepada para hamba,

tetapi kejahatan merekalah yang
naik kepadaKu.

Aku mencintai mereka dengan
memberikan
mereka nikmat-nikmatKu,
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka...


Mereka memancing kemurkaanKu

dengan pelbagai kemaksiatan,

padalah mereka adalah yang
paling perlu kepadaKu..

Sesiapa yang datang kepadaKU

maka ia akan Kujemput darikejauhan,

Sesiapa yang berpaling dariKu,

Aku akan memanggilnya dari kejauhan...


sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,

akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup.

sesiapa yang mengiginkan keredaanKu,

Aku pun mengiginkan apa yang diinginkannya.

Sesiapa yang bertindak dengan bergantung
pada daya
dan kekuatanKu,
maka akan Kulunakkan besi baginya,

Dan sesiapa yang lebih mementingkan
Aku dari selainKu,

Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.


Orang yang mengerjakan maksiat,

tidak akan Kubuat mereka berputus
asa dari rahmatKu,
jika mereka bertaubat kepadaKu,
maka Aku akan menjadi kekasih mereka,

sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat
dan mencucikan diri.


Kalau mereka tidak bertaubat kepadaKu,

maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka,

akan Kuberikan cobaan kepada
mereka
dengan berbagai musibah
untuk membersihkan
mereka dari berbagai aib...


Satu kebaikkan di sisiKu adalah
senilai
sepuluh kali ganda yang sepertinya,

hingga tujuh ratus kali ganda,

hingga ke gandaan yang banyak sekali...

Sedangkan kejahatan di sisiKu
adalah bernilai satu..
Maka jika ia telah menyesal dan
memohon ampun,

maka Aku pun mengampungninya.

Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit

dan mengampuni banyak kesalahan.


kasih sayangKu mendahului murkaKu..

Sifat penyantunKu mendahului
keputusanKu menjatuhkan hukuman.
Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu.
Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu
daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya..



Sedikit perkongsian ana daripada mengikuti Program Motivasi ESQ yang ditanggung sepenuhnya oleh ABIM. Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanafaat untuk agama Allah. Semoga para jundullah akan terus istiqomah dalam perjuangan menyeru manusia kepada Allah..

Daripada:
Mohamad Hafsan Hussin
Syu'bah D&T

Monday, February 16, 2009

Dalam Hati....

bnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah
 

1. Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut

Thursday, February 12, 2009

Penulisan Fikrah Madani Agen Kecemerlangan Masjid Sultan Ismail, UTM

Oleh : Muhamad Fairuz Mursyid Mustafa


Islam amat menitikberatkan penyampaian dakwah secara terbaik dalam usaha memakmurkan dunia ini daripada kejahatan dan kemungkaran. Oleh kerana penulisan yang berkualiti mementingkan kesannya kepada pembaca, maka penghasilan penulisan memerlukan keteguhan yang bergantung kepada iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Penulisan Ke Arah Keredhaan Allah
Penulisan Islam menjurus ke arah mendapatkan keredhaan Allah SWT sama ada dari segi penulisan, pengisian dan kesannya terhadap pembaca. Bagi menjamin keberkesanan sesuatu mesej dakwah melalui penulisan dapat diterima oleh pembaca dengan baik, maka elemen – elemen seperti penulis, karya dan pembaca perlu diutamakan.

Penulis yang bertanggungjawab menurut HM Tuah Iskandar (1997) hendaklah memiliki empat unsur penting iaitu memiliki sifat kehambaan kepada Allah SWT, menjadi pemerhati dan pemikir terhadap persekitarannya, mempunyai jiwa pendakwah yang cintakan kebenaran dan menjadi penyuluh diri dan suasana daripada perbuatan keji dan mungkar.

Gaya bahasa yang digunakan hendaklah ringkas, padat dan jelas khususnya dalam penulisan yang berbentuk penyampaian dakwah umum. Contohnya, hadis Nabi Muhammad SAW boleh diterjemahkan ke dalam bentuk cerita dan diselitkan dialog bagi menambah keseronokan membaca. Gaya bahasa yang digunakan haruslah menepati kedudukannya dan jangan sampai meninggalkan kesan negatif kepada para pembaca.

Seseorang yang menjadi penulis yang baik bukan setakat disebabkan bakat penulisan yang sedia ada dalam dirinya tetapi dia juga adalah seorang pembaca yang baik. Banyakkan bacaan dan berilah tumpuan khas kepada cara penulisan buku bacaan selain kandungan penulisan yang terdapat pada bahan bacaan bagi menghasilkan karya bermutu.

Apabila elemen penulis yang bertanggungjawab, karya berkualiti dan impak positif pada para pembaca dapat digabungkan, maka secara tak langsung niat penulisan dalam mencapai keredhaan Allah akan dapat menjadi realiti.

Jenis Penulisan Yang Sesuai di Masjid
Masyarakat di Malaysia kurang mempunyai budaya membaca yang baik. Tetapi mereka akan membaca sesuatu yang ringkas dan mudah difahami. Kandungan yang penting dan diminati oleh khalayak dalam sesuatu penulisan ialah tentang isu semasa dan pengetahuan am sama ada di luar negara atau dalam negara yang dilihat dari perspektif Islam.

Penulis berpandangan antara penulisan yang wajar diketengahakan dalam risalah masjid khususya masjid – masjid yang dikelilingi oleh warga universiti adalah:

1. Isu semasa – Perkembangan terkini perkara yang melibatkan segala bentuk rencah kehidupan wajar diulas dari perspektif dan pandangan Islam. Isu semasa wajar melibatkan perkembangan semasa di dalam universiti, negara dan luar negara. Pandangan yang pelbagai pihak tentang sesuatu isu semasa amat diminati oleh warga mahasiswa dan universiti yang mahu melihat pelbagai dimensi yang akhirnya akan menggerakkan minda pembaca menganalisis pembacaan secara tuntas dan rasional.

2. Analisis teks khutbah dan majlis ilmu – Sepanjang pengalaman penulis berada di Universiti Teknologi Malaysia, khutbah dan majlis ilmu yang disampaikan oleh para cendiakawan amat memberansangkan dan mencetuskan pemikiran minda. Ia amat sesuai untuk golongan mahasiswa. Analisis ini merupakan salah satu respon terhadap segala yang disampaikan untuk dikongsikan kepada seluruh masyarakat.

3. Tips dan panduan ibadah – Masjid juga sering dikunjungi sebagai tempat rehat dan ibadat para musafir. Tips yang ditulis tidak boleh terlalu panjang. Poster atau booklet berbentuk nasihat, sifat muslim sejati atau motivasi juga boleh disediakan untuk bahan tatapan pengunjung masjid.

4. Sejarah masjid – Kadang kala rasa kagum terhadap masjid apabila kita mengenali sesebuah masjid. Jadi salah satu untuk merasakan kecintaan masjid yang dibina adalah dengan menceritakan sejarah pembinaan dan keunikan yang dimilikinya.

5. Bicara tokoh – Risalah yang dikeluarkan akan menonjolkan keyakinan kepada pembaca apabila kita menyelitkan pandangan tokoh ilmuwan di dalam sesuatu tajuk yang dibincangkan.

6. Pemberitahuan dan makluman – Segala aktiviti masjid dan organisasi yang bernaung dibawah masjid secara efektifnya perlu dihebahkan secara bertulis. Maklumat kegiatan terkini perlu diberitahu agar salah satu medium mengajak masyarakat bersama dalam kegiatan masjid.

Risalah Fikrah Madani, Contoh Risalah Masjid
Sejak penubuhan Sekreatriat Rakan Masjid Sultan Ismail UTM pada Jun 2003, risalah Fikrah Madani adalah merupakan salah satu artikel rasmi bagi organisasi yang menjadi pemangkin kepada pengimarahan masjid.

Idea dan pandangan yang terdapat dalam risalah sewharusnya dianalisis oleh para editor artikel ini agar memaparkan penulisan yang berkualiti khususnya untuk tatapan warga kampus. Penulis percaya dengan komitmen dan saranan yang dikemukakan akan mennjadi semangat warga penggerak risalah ini untuk terus menghidupkan budaya penulisan dan penerbitan yang berdisiplin. Oleh yang demikian, penulisan merupakan alat komunikasi yang penting dalam menghubungkan sesebuah masjid dengan masyarakat sekeliling. Penyebaran maklumat dan pengetahuan tentang Islam yang bertanggungjawab melalui risalah masjid ini akan menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan dan kecemerlangan umat. Justeru bersempena Bulan Dakwah peringkat kebangsaan yang bermula 15 Februari ini dengan bertemakan ‘Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’, sewajarnya risalah yang mewakili setiap masjid seperti risalah Fikrah Madani di Masjid Sultan Ismail, UTM hendaklah menjadi agen penulisan yang membawa sinar pencerahan terhadap masyarakat sekelilingnya.

Tuesday, January 27, 2009

Pelajar UK bantah konsert Rihanna

Oleh: Mohd Rezwan Alias

Kelulusan kerajaan membenarkan penganjuran konsert Rihanna yang akan diadakan pada 19 Febuari 2008, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil mencetuskan rasa kemarahan umat Islam di Malaysia.
Memetik kenyataan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata bahawa,

"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia tetapi disebabkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat mendapat akses untuk itu."

Kehadiran artis luar negara kita bukanlah kali pertama di negara kita, saban tahun ada sahaja anjuran dari pihak-pihak koprat menjemput artis-artis dari luar negara untuk memenuhi kalender hiburan tahunan tanah air.

Malah kebanyakan artis-artis yang dijemput juga mengundang kontrovesi kepada masyarakat islam khususnya. Antara artis-artis kontrovesi pernah yang pernah dijemput adalah Inul yang sensasi dengan Goyang Gerudi dan Gwen Stefani yang terkenal dengan aksi "ghairah" ketika melakukan persembahan.

Kali ini kerajaan membenarkan penampilan artis Rihanna yang merupakan penyanyi popular Amerika Syarikat menerusi lagunya "Umbrella" dan "Take a bow". Rihanna juga terkenal dengan artis yang selalu berpakaian seksi ketika berada di pentas.

Ironinya , keputusan membenarkan konsert tersebut dibuat ketika kesedihan umat Islam Malaysia terhadapan pencerobahan di Gaza akibat ke'brutalan' Israel yang membunuh lebih 1,300 jiwa masih lagi terasa.

Dunia juga tahu bahawa Amerika syarikat juga "bersubahat" dalam pembunuhan orang Islam di Gaza. Amerika yang menjadi sekutu kuat Israel terus melindungi kekejam Israel dengan membekalkan kelengkapan teknologi persenjataan.

Justeru, beberapa pertubuhan bukan kerajaan telah melancarkan kempen memboikot barangan atau produk yang dikeluarkan oleh Israel dan Amerika. Kempen ini bertujuan untuk membantah kekejaman Israel dan secara tidak langsung memberi tekanan ekonomi kepada negara tersebut dengan kuasa membeli umat Islam.

Namun begitu, pemboikotan seharusnya berterusan bukan sekadar produk sahaja,malah umat Islam perlu memboikot budaya negatif atau budaya rendah yang dibawa oleh artis-artis barat.

Budaya rendah yang dibawa oleh mereka terang-terang menyimpang daripada acuan budaya masyarakat Malaysia yang majoritinya umat Islam. Apatah lagi, Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Muda-mudi yang terdedah dengan budaya rendah ini akan terjerumus kepada gejala yang tidak sihat.

Malah apa yang ditakuti ,budaya rendah ini seperti suka berseronok-seronok dan menggalakkan maksiat akan "membunuh" pemikiran generasi muda.

Pembunuhan pemikiran ini mampu memberi kesan yang besar terhadap negara kerana ia boleh melahirkan generasi yang runtuh akhlak dan moralnya.

Hal ini dibuktikan oleh kajian yang telah dibuat oleh Prof Dr Azizi bin Hj Yahya dari Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian beliau mengenai budaya gengsterisme di sekolah-sekolah menunjukan bahawa, antara faktor utama yang menyumbang kepada gejala gensterisme dikalangan pelajar-pelajar adalah disebabklan pengaruh media massa khususnya televisyen.

Filem-filem ganas dari artis Hollywood yang ditayangkan, secara tidak langsung menerap budaya yang tidak sihat kepada generasi muda.

Apa yang membimbangkan adalah, keterlibatan generasi muda dalam masalah sosial ekoran pengaruh budaya artis luar negara akan meruntuhkan struktur masyarakat Malaysia. Kesannya ia akan meningkatkan kes jenayah, kes pembuangan bayi, dan lain-lain.

Seharusnya, satu budaya yang segar dan sihat harus diperkenalkan oleh kerajaan kepada generasi muda.

Budaya mengangkat artis haruslah diganti dengan mengangkat para ilmuan ke tahap paling tinggi. Ini kerana negara kita kini kebanjiran idola tetapi ketandusan teladan. Memetik kata-kata Imam Syafie, "Aku bukanlah orang yang soleh, tetapi aku berkawan dengan mereka untuk mendapat tempias mereka."

Justeru, adalah digesa agar Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempertimbangkan kembali kelulusan konsert tersebut.

Seluruh umat Islam di Gaza masih lagi dalam keadaan bersedih atas musibah yang menimpa mereka. Sewajarnya kita menghormati keadaan mereka dengan tidak mengadakan konsert untuk bersuka-ria.

University of Leeds
United Kingdom._

Sunday, January 11, 2009

Palestin mangsa Asia Barat

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
(WARTAWAN UTUSAN)

KEGANASAN berterusan Israel di sebalik suara kutukan demi kutukan kebanyakan masyarakat dunia membayangkan betapa kaum Yahudi itu tidak pernah mengambil peduli desakan antarabangsa.

Resolusi demi resolusi yang dibuat oleh pelbagai pertubuhan antarabangsa sejak 60 tahun krisis Asia Barat itu juga tidak ubah seperti hamparan kaki buat Israel serta penajanya Amerika Syarikat (AS).

Lalu pembunuhan secara terang-terangan Israel ke atas penduduk Palestin bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Palestin akan terus bermandi darah dan Israel akan terus mempunyai alasan untuk mewajarkannya meskipun buat 1,000 tahun lagi.

Namun apa yang cukup dikesalkan ialah pendirian negara-negara Islam terutamanya di rantau Arab yang seolah dirantai meskipun gegaran bom dan tangisan serta rintihan dari bumi Palestin dapat didengari oleh telinga mereka sendiri.

Mengapa negara-negara yang berjiran dengan Palestin seperti Mesir dan Jordan terutamanya, serta negara-negara Islam lain di benua Arab begitu tega melihat nasib rakyat Palestin yang sebangsa dan seagama dengan mereka diratah oleh tangan-tangan jahat rejim Zionis?

Ramai yang melihat sikap berdiam diri negara-negara Arab itu kerana mahu melindungi kepentingan dan survival ekonomi serta kuasa masing-masing.

Apatah lagi negara-negara bersempadan dengan Palestin seperti Mesir, Jordan dan Turki mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan Israel serta sudah semestinya Amerika Syarikat.

Namun sesuatu yang lebih nyata, seperti yang disorot oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor, sikap yang mendasari tindakan negara-negara Arab itu merupakan satu percaturan politik di Asia Barat.

Negara-negara Arab melihat apa yang berlaku di Palestin daripada kaca mata keseimbangan kuasa mereka tidak hanya di Palestin sendiri, sebaliknya lebih jauh lagi di seluruh Asia Barat.

Hakikatnya negara-negara Arab enggan berdiri di belakang perjuangan Hamas kerana bimbang kebangkitan dasar perjuangan Hamas bakal menjatuhkan rejim-rejim Arab yang korup.

Jika sejarah penubuhan Hamas diperhalusi, bibit-bibit penubuhannya tercetus menerusi pergerakan Ikhwan Muslimin yang bermula di Mesir selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah pada 1922.

Pergerakan Ikhwan Muslimin itu menjadi ancaman yang menggugat kedudukan pemimpin politik sekular Mesir.

Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila sejak 60 tahun lalu, pemimpin gerakan itu berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti pembunuhan dan penyeksaan di Mesir.

Sentimen pergerakan Ikhwan Muslimin mula bertiup di kalangan rakyat Palestin apabila Israel menduduki negara itu secara tidak sah pada 1948.

Daripada pergerakan yang sederhana, pendokong Ikhwan Muslimin di Palestin berkembang dengan pantas termasuk sehingga mampu membina kemudahan awam seperti sekolah, hospital termasuk universiti di Palestin.

Bagaimanapun kebangkitan sebenar Ikhwan Muslimin di Palestin dapat disaksikan ketika tercetusnya intifada yang pertama pada 1987, apabila pergerakan ini muncul sebagai sebuah gerakan massa dengan nama Hamas.

Memandangkan ketika itu sikap dan tindak tanduk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Fatah dilihat lebih tunduk kepada Israel dan AS, maka kebanyakan rakyat Palestin menggantung harapan kepada Hamas untuk meneruskan perjuangan nasional Palestin dan mempertahankan hak umat Islam di Baitulmaqdis.

Kebangkitan Hamas itu tambah Hafidzi, tidak hanya merupakan ancaman kepada Israel, sebaliknya juga menjadi ketakutan kepada rejim dan kuasa Arab.

Apatah lagi negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Syria dan negara Teluk lain mempunyai sejarah yang panjang dengan pergerakan Ikhwan Muslimin yang menjadi teras kepada Hamas.

Sokongan padu terhadap Hamas pastinya menggugat keseimbangan kuasa politik di Asia Barat sehingga berkemampuan meniup kebangkitan di kalangan penduduknya untuk menentang rejim-rejim Arab yang korup.

''Kerana itu tidak ada satu pun negara Arab yang mengadakan sistem pilihan raya demokrasi kerana mereka amat yakin sekiranya sistem demokrasi itu itu dilaksanakan, maka rejim-rejim Arab yang korup ini sudah lama ditolak oleh rakyat dan digantikan dengan pemimpin yang lebih berjiwa rakyat dan berjiwa Islam," jelas Hafidzi.

Kebangkitan

Ironinya ketika negara-negara Arab masih mengekalkan sistem monarki mutlak dalam meneruskan kekuasaan iaitu menerusi pewarisan kuasa, Israel merupakan satu-satunya negara di Asia Barat yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Justeru, apabila Palestin mengadakan pilihan raya legislatif pada Januari 2006 yang menyaksikan Hamas dipilih sebagai parti pemerintah yang sah, kemenangan itu dinafikan tidak hanya oleh Israel tetapi juga oleh kalangan negara Arab sendiri.

Keadaan ini memperlihatkan ketakutan rejim Arab terhadap kebangkitan semangat demokrasi di kalangan rakyat Palestin yang boleh tersebar di kalangan penduduk di benua Arab yang lain.

Atas alasan itu juga jelas Hafidzi, negara-negara Arab mengambil sikap berdiam diri ke atas sekatan dan serangan terhadap Palestin kerana mahu melihat Hamas ditumbangkan dan berkubur dari landskap politik di Asia Barat keseluruhannya.

Lalu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila serangan terbaru ke atas Palestin ketika ini juga disambut dengan kritikan ke atas Hamas oleh pemimpin negara Arab kebanyakan.

Malah Fatah sendiri menerusi Presiden Mahmoud Abbas meletakkan kesengsaraan rakyat Gaza sebagai tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Hamas.

Tindakan Fatah itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana mereka sebelum ini sudah dilihat berdiri di belakang Israel bagi menghapuskan kumpulan Hamas di bumi Palestin.

Malah, Fatah juga sanggup melihat nasib rakyat sebangsa dan seagama terus ditindas kerana mahu rakyat Gaza menyalahkan Hamas di atas serangan Israel ketika ini.

Malangnya baik Israel, AS, Fatah mahupun negara-negara Arab, tersilap dalam menduga sokongan rakyat Palestin.

Sokongan rakyat Palestin terhadap Hamas semakin meningkat dan dipercayai akan terus subur biarpun selepas episod peperangan kali ini.

''Hakikatnya meskipun berpuluh-puluh bedilan peluru dan mortar tentera Israel menghujani Gaza dan membunuh ratusan nyawa rakyat Palestin, tidak ada tanda-tanda untuk rakyat Palestin berpaling tadah dan mengkhianati perjuangan bersama Hamas," ujar Hafidzi.

Namun jika aksi keganasan tentera Zionis ketika ini dipandang dari sudut realiti, sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah Hamas berhadapan dengan penentangan yang sangat sulit dan getir.

Apatah lagi tindak-tanduk Israel yang semakin menggila termasuk menggunakan kekuatan udara, laut dan darat membayangkan bahawa mereka sebenarnya bermaksud untuk menghapuskan Palestin secara total dalam peta dunia.

Menentang

Keadaan ini membawa kepada satu pertanyaan yang sangat besar iaitu mampukah Hamas dalam serba kekangan menentang kemaraan tentera Yahudi?

Bagi Hafidzi, kekuatan Hamas dan pejuang Islam di Palestin yang terbina sejak berpuluh-puluh tahun lalu merupakan satu rahsia yang tidak mungkin dicongak oleh Israel.

Dalam keadaan dibedil bertalu-talu sama ada dari udara dan darat, serta di sebalik keangkuhan Israel yang mendakwa mereka berjaya melumpuhkan sebahagian besar kemampuan Hamas, sekurang-kurangnya 45 bedilan roket dilancarkan ke wilayah Israel kelmarin.

Malah, buat pertama kalinya juga, roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin mensasar sehingga 60 kilometer ke dalam wilayah Israel, iaitu satu jarak yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Keadaan ini membayangkan betapa Hamas mempunyai kekuatan persenjataan yang tidak boleh dijangkakan.

Sesuatu yang pasti ujar Hafidzi, Hamas bukanlah sebuah entiti tentera sebaliknya merupakan organisasi yang mendapat sokongan seluruh masyarakat Palestin.

Justeru, kekuatan Hamas tidak wajar diukur dengan kekuatan fizikal mahupun ketenteraan dan persenjataan.

Atas pendirian yang sama juga Israel sewajarnya menghentikan serangan ke atas Palestin terutamanya di Gaza kerana tindakan itu tidak mungkin akan melemahkan sebuah organisasi massa seperti Hamas meskipun berpuluh-puluh pemimpinnya terkorban.

''Jika Israel masih berdegil dan berterusan menyerang Palestin, negara Yahudi itulah yang akan menerima bencana ketenteraan, politik dan diplomasi antarabangsa yang semakin kuat dan lantang menolak kekejaman mereka," tambah Hafidzi.

Ketika tiada tanda-tanda untuk kekejaman Zionis berakhir dalam masa terdekat, dan berpuluh-puluh lagi nyawa rakyat Palestin terus menjadi korban hari demi hari, sewajarnya rakyat Malaysia bangkit menunjukkan penentangan terhadap kejahatan Israel itu.

Aksi demonstrasi dan bantahan dalam skala mega perlu digerakkan di seluruh negara dalam menyuarakan penentangan terhadap kezaliman Israel.

Malah, suara kutukan juga perlu ditujukan kepada negara-negara Arab yang mengambil tindakan bacul dan pengecut serta terhadap AS yang menaja kejahatan Israel.

Seluruh rakyat Malaysia juga perlu berganding bahu dan bangkit menentang tindakan ganas, biadap dan kebinatangan Israel dan tidak melihat konflik itu sebagai Islam menentang Yahudi, sebaliknya pelanggaran hak asasi yang paling menjolok mata.

Malah PACE seperti yang dijelaskan oleh Hafidzi juga, berharap supaya lebih banyak dialog, seminar, ceramah dan majlis ilmu mengenai konflik sebenar di Palestin diadakan di seluruh negara bagi mematahkan propaganda dan pembohongan oleh media Barat.

Rejim Zionis ketika ini berselindung di sebalik media dengan memanipulasi hakikat dan menggambarkan mereka sebagai mangsa sedangkan merekalah penjenayah sebenar yang perlu dihapuskan.

PACE dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia juga tambah Hafidzi, menyeru rakyat Malaysia supaya terus memberi sokongan kepada pelbagai pihak yang sedang giat menjelaskan isu ini kepada masyarakat.

Malah pertubuhan itu juga bersedia memenuhi undangan untuk tujuan yang sama dan orang ramai boleh menghubungi talian 03-41089669 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Pekak, bisu dan buta

Zaman masakini merupakan zaman yang paling buruk. "Pekak, bisu, dan buta, mereka tidak akan kembali (ke jalan yang benar)" (2/al-Baqarah:18). Apa yang dicari setiap manusia ialah cahaya kebenaran dan keselamatan; apa yang dia nyalakan ialah api. Nyalaan api itu menghasilkan kejutan dan kekaguman serta memenangi pujian semua. Namun, oleh kerana api itu bersifat sementara, pujian tersebut juga bersifat sementara dan dalam masa yang sama kegelapan kembali, namun kali ini keadaannya lebih dahsyat. Unsur munafik, tipu-daya, keangkuhan, segala sifat tercela sekali lagi bermaharajalela mengalahkan kebenaran, keikhlasan, dan segala sifat terpuji. Dalam keadaan hampir putus harapan, umat manusia cuba sedaya-upaya mengeluarkan suara berbicara tanpa menyedari hakikat bahawa tiada sesiapapun mendengar atau mampu melihat; pendek kata mereka tidak peduli dan kelu.

Masyarakat dunia mengikuti dengan penuh debaran keputusan pemilihan Presiden Amerika baru-baru ini; mampukah calon Republikan bertahan dan meneruskan dasar-dasar zalim dan menindas pemerintah sebelumnya, atau adakah calon Demokrat yang bakal menang dan memperkenalkan perubahan-perubahan yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama? Pemenang yang banyak digembar-gemburkan itu meraih pujian pemimpin seluruh dunia; ibu kepada segala perubahan baik bakal menjelma menunggu gilirannya untuk menjadi tumpuan, terkinja-kinja di sebalik tabir dek riuh redam sorakan suara-suara yang gopoh membuat kesimpulan di tengah-tengah kegembiraan bahawa institusi demokrasi Barat telah sekali lagi mencapai kemenangan mengalahkan kezaliman, ketidaksamarataan dan tangan-tangan ghaib anarki dan pemberontakan. Sesetengah pemimpin dunia Arab sama-sama menghembuskan nafas lega bahkan kelihatan begitu bangga sekali meniup nafiri kemenangan calon tersebut; apa tidaknya, selama ini mereka percaya bahawa segala penderitaan yang dihadapi mereka berpunca daripada dasar-dasar pentadbiran terdahulu yang penuh dengan helah dan tipu-daya. Demikianlah keadaannya, apa yang diistilahkan oleh demokrasi sebagai adil, bermaruah, berakhlak dan benar. Janji-janji untuk mengusahakan penyelesaian sebenar dan munasabah bagi menamatkan perang di Timur Tengah telah diperkenalkan; sekali lagi disambut dengan tepukan gemuruh dari seluruh dunia. Jaminan-jaminan untuk kembali kepada meja perbincangan secara aman tatkala masyarakat Palestin dizalimi secara berterusan, juga dimahkotakan; sekali lagi dengan sorakan gemuruh dari seluruh dunia.

Kezaliman

Masyarakat Palestin sudah berdekad- dekad lamanya menderita akibat kezaliman, penindasan, penaklukan, kejahatan dan tekanan yang tidak boleh dibayangkan. Golongan yang benar-benar beriman dari kalangan umat Islam turut merasai dan menanggung kesakitan yang sama, "seumpama suatu jasad; apabila satu anggota cedera atau sakit, seluruh anggota badan yang lain juga sakit dan hilang kerehatan" (hadis Nabi Muhammad SAW). Seolah-olahnya kaki mereka dipulas hingga hampir patah, lantas mereka menjerit kesakitan yang amat sangat dengan harapan saudara mereka akan mendengar rintihan itu dan segera menamatkan penderitaan yang ditanggung serta menghukum pelakunya. Janji-janji yang dinyatakan di atas pernah dibuat sebelum ini, tetapi hanya untuk sorakan sementara para pemimpin dunia kerana janji-janji itu tidak pernah ditunaikan. Hakikatnya, walaupun jeritan rakyat Palestin telah didengari tiada siapapun yang peduli, seolah-olah semua orang telah pekak. Usahkan mengharap dibebaskan dari seksaan dan penderitaan yang dilakukan oleh penjahat yang memulas kaki mereka, para pemimpin dunia, bahkan dari kalangan saudara mereka sendiri, beranggapan bahawa jeritan masyarakat Palestin itu amat menyakitkan telinga manusia, justeru mereka patut dihukum kerana mencemar kesucian dan keaslian bunyi. Apakah lagi pilihan yang tinggal? Apakah pilihan yang ada bagi masyarakat Palestin?

Sekonyong-konyong institusi demokrasi menjengah masuk. Bukankah institusi demokrasi itulah, yang dipercayai berdiri di atas dasar keadilan, kebebasan, maruah dan kebenaran, kemudiannya menghapuskan seorang pemimpin kuku besi di sebuah negara Arab berjiran? Bukankah sudah berkali-kali dunia Arab diberitahu mengenai kelebihan-kelebihan menerima demokrasi? Bukankah gerak-kerja demokrasi telah dijelaskan kepada mereka berulangkali? Justeru, buat julung kalinya, masyarakat Palestin menyahut seruan demokrasi dan dengan penuh tanggungjawab mengadakan pilihan raya bagi memilih kerajaan yang mereka inginkan. Apa yang mereka paling dambakan ialah keadilan. Keadilan tidak sama dengan undang-undang kerana undang-undang telah mengecewakan bangsa Palestin. Seperti umat Muslimin yang lain yang sempurna akalnya, keadilan bagi mereka bererti suatu kelebihan yang mencakupi segala yang lain, yang seerti dengan kebenaran, yang betul dan baik; justeru lawannya adalah seerti dengan kezaliman, kuku besi, kepalsuan, dan keangkuhan yang menghalalkan kejahatan. Kalau kebenaran dan kebaikan diletakkan pada tempatnya yang wajar, yakni sekiranya harga diri, kekayaan, peluang, keselamatan dan perkara seumpamanya dijamin tanpa mengira bangsa, agama, kecenderungan siasah dan kedudukan dalam masyarakat, dan dibahagikan secara adil, sesungguhnya akan wujud keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan dalam masyarakat. Selama berdekad-dekad lamanya, para pemimpin dunia secara umumnya menilai perlakuan bangsa Palestin semata-mata berdasarkan apa yang zahir, dan cenderung mentafsirkan perlakuan itu sebagaimana zahirnya, tanpa cuba memahami hakikat sebenarnya. Akibatnya, kekayaan diberikan kepada mereka yang telah sedia kaya; masa depan mereka ditentukan oleh sesebuah kerajaan yang diterajui suatu bangsa yang menganggap dirinya 'umat pilihan Tuhan' (Sha'b Allah al- Mukhtar, yakni bangsa Yahudi); pentadbiran masjid dan sekolah pula diserahkan kepada 'tentera pilihan Tuhan' (yakni tentera kerajaan Zionis). Pembahagian seumpama itu tentunya memberi manfaat kepada kerajaan yang tersebut, akan tetapi amat menindas dan merupakan suatu penyelewengan daripada keadilan; kerajaan seumpama itu sememangnya zalim kerana ia gagal mengenali tempat yang wajar bagi setiap sesuatu, dan kaitan sesuatu itu dengan penerimanya.

Demokratik

Tidak seperti si pemenang dalam pemilihan secara demokratik yang bakal dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang mendapat pujian para pemimpin seluruh dunia, si pemenang yang dipilih secara demokratik yang memperoleh kepercayaan bangsa Palestin, telah dikecam oleh ramai pemimpin dunia, termasuk dari kalangan pemimpin dunia Arab sendiri. Kemenangan secara demokratik pada hakikatnya ialah pengabaian demokratik. Yang nyata ialah prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, maruah dan kebenaran bukanlah dasar-dasar demokrasi; sebaliknya demokrasi adalah alat ganas, keganasan, dan para pengganas, sekurang-kurangnya itulah yang dapat kita simpulkan menurut mereka yang melihat kepada telatah zahir para pemimpin tersebut. Justeru, pada hari ini perpecahan di kalangan dunia Islami menjadi semakin parah. Terdapat golongan di Malaysia, Turki dan Iran, sebagai contoh, yang turut merasai dan berkongsi penderitaan yang ditanggung oleh saudara mereka dan berusaha sedaya upaya membantu. Malangnya suara-suara demokratik mereka ditenggelami oleh ngauman yang memekakkan yang datang dari sampah-sampah demokrasi. Sesetengah pemimpin negara Arab dan wakil- wakil masyarakat Muslim dalam Persidangan Negara-negara Islam telah dengan angkuh dan sengaja menidakkan harapan, keyakinan, dan jalan penyelesaian yang dicadangkan kepadanya oleh mereka yang benar-benar memahami dan mengenali erti keadilan tatkala kejahilan dan putus harapan berleluasa. Sebaliknya mereka memilih untuk bersikap sinis, munafik, bohong dan khianat. Akibatnya, mustahil berlaku perubahan ke arah kebaikan dalam soal nasib kaum Muslimin dan dunia Islam, sedangkan para pemimpin mereka yang dipilih secara demokratik teraba-raba dalam keadaan pekak, bisu dan buta.

Thursday, January 8, 2009

Perihal bangsa paling angkuh, dikutuk Allah SWT

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

Melihat gambar mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala (Utusan Malaysia 7 Januari 2009) yang ditemui di bawah runtuhan rumahnya akibat serangan tentera Zionis di Gaza sungguh menyayat hati sesiapa sahaja. Malah seluruh umat Islam di mana mereka berada pasti turut berduka di atas apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita di Palestin.

Dunia mengetahui bahawa tiada bangsa yang lebih jahat dan kejam melainkan Yahudi yang dilaknati Allah SWT itu. Berdasarkan ajaran dan ideologi Zionisme bahawa mereka mempercayai membunuh bangsa lain itu akan beroleh pahala dan ganjaran daripada Tuhan mereka. Ia dilakukan sesuai dengan slogan yang masyhur, "tujuan menghalalkan cara".

Dalam hal menggambarkan sikap dan perilaku penganut agama Yahudi, ungkapan al-Quran lebih banyak bernada negatif daripada positif. Sejarah membuktikan seperti mana yang dirakamkan di dalam al-Quran, bagaimana penganut agama Yahudi mengalami banyak perubahan dan penyimpangan khususnya dari segi akidah.

Betapa banyak Nabi dan Rasul yang diutus kepada golongan Bani Israel sehingga merasakan merekalah bangsa yang disayangi Tuhan.

Bangsa Yahudi satu-satunya bangsa yang digambarkan di dalam al-Quran yang paling sukar untuk dibentuk, bersifat eksklusif dan suka membangkang. Di samping itu, Yahudi juga terkenal sebagai bangsa yang sombong dan zalim sehingga mereka sewenang-wenangnya membunuh para Nabi daripada golongan mereka sendiri.

Lebih daripada itu mereka menolak mempercayai ayat-ayat Allah dan melanggar perjanjian dengan-Nya. Justeru, kecaman yang terdapat di dalam al-Quran lebih banyak tertuju kepada orang Yahudi.

Bahkan Allah SWT berkali-kali mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak mengangkat mereka sebagai pemimpin atau teman-teman akrab (tempat menyimpan rahsia). Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada penganut agama Yahudi sudah tidak asli lagi dan telah mengalami banyak perubahan kerana mengikut hawa nafsu mereka yang jahat.

Implikasi paling utama dalam perubahan kehidupan keagamaan penganut agama Yahudi ialah penyelewengan akidah tauhid kerana pengakuan penganut Yahudi yang menganggap bahawa Uzair adalah anak Allah.

Kedegilan terus menerus kaum Bani Israel dirakamkan di dalam al-Quran tentang pelanggarannya terhadap hukum-hukum Allah SWT yang berkaitan dengan ibadah pada hari Sabtu. Hari yang dianggap hari kelepasan kepada kaumnya seperti disebut di dalam kitab Taurat. Allah SWT kemudian ingin menguji iman mereka dengan mengadakan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu dan telah menjadikan mereka lupa dan menjadi tamak, serta mengikut hawa nafsu dengan menangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang itu. Akibat perbuatan itu akhirnya golongan yang derhaka ini disumpah oleh Allah menjadi kera. (maksud surah al-Baqarah ayat 65).

Demikian juga keengganan ahli al-kitab khususnya Yahudi menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun sebelumnya mereka menunggu kedatangannya, tetapi disebabkan oleh sifat dengki dan rasa superior yang begitu mendalam menguasai diri, mereka mudah berubah.

Di sebalik bangsa yang paling banyak mendapat bimbingan para Nabi dan Rasul, mereka juga banyak memperoleh nikmat yang tidak pernah dirasai oleh umat lain seperti Allah SWT menurunkan makanan dari syurga iaitu manna (manisan lazat dari syurga) dan salwa (daging burung kecil yang enak). Di samping itu mereka juga diselamatkan daripada ancaman Firaun. Namun mereka tetap tidak berubah dan bersyukur.

Selain daripada itu kaum Bani Israel mempunyai sikap mengutamakan kehidupan materialistik dan menganggap ia adalah segala-segalanya yang boleh menyelamatkan mereka daripada ancaman yang berbahaya.

Sejarah juga mencatat perdebatan, dialog dan polemik keagamaan sering terjadi antara umat Islam dan Yahudi. Sebagaimana berlangsung antara Islam dan Kristian, dialog dan polemik keagamaan antara Islam dan Yahudi juga berlangsung pada abad ke-8 dan ke-9 di Istana Kekhalifahan Abbasiyah (Bani Abbas) di Baghdad.

Sejak akhir abad ke-19, di pelbagai belahan dunia Islam mulai berkembang perasaan dan sikap anti-Yahudi yang amat mempengaruhi hubungan umat Islam dan Yahudi selanjutnya.

Hal ini pada awalnya bersumber daripada kekhuatiran kaum Muslim akan implikasi Zionisme, sebuah ideologi politik yang didirikan oleh para pemuka Yahudi sekular sebagai reaksi atas sikap anti-Semitisme (sikap anti-Yahudi) di Eropah.

Sebagai reaksi terhadap anti-Semitisme itu, para pemimpin Yahudi sekular mendirikan gerakan Zionisme. Theodore Herzl yang disebut sebagai pengasas Zionisme, menulis bukunya, Der Judenstaat (Negara Yahudi) pada tahun 1896. Muktamar Zionis pertama diadakan di Bassel, Switzerland pada tahun 1897. Para perintis gerakan ini terdiri daripada orang Yahudi sekular dari Jerman dan Austria.

Bagi mereka, keyahudian merupakan identiti nasional, bukan agama dan Zionisme adalah nasionalisme daripada suatu bangsa yang belum mempunyai negara. Cita-cita mereka ialah mendirikan sebuah negara nasional sekular bagi umat Yahudi.

Kelahiran gerakan Zionisme tidak ada sangkut-pautnya dengan Yahudi sebagai agama. Faktor pendorong utamanya adalah keberadaan umat Yahudi yang hanya dianggap sebagai paria di Eropah. Tujuan Zionisme hendak dicapai melalui dua cara utama.

Pertama, membebaskan orang Yahudi daripada pemaksaan agama dengan memberi mereka sebuah tanah air, tempat mereka dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan keamanan politik. Kedua, membangun sebuah kebudayaan yang murni Yahudi, tempat umat Yahudi dapat mengekspresikan semangat keyahudian mereka.

Namun pilihan Zionisme akan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi telah mengaitkan cita-cita mereka dengan sejarah sakral (suci) Yahudi yang tercantum dalam kitab suci Taurat. Inilah yang menyebabkan gerakan Zionisme semakin diwarnai simbol keagamaan.

Dengan perisytiharan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948, perasaan anti-Yahudi di kalangan kaum Muslim mulai kuat. Sejak tarik itu terusirlah warga asli Palestin yang sebahagian besarnya adalah Muslim.

Perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah air mereka yang diduduki Israel berlangsung hingga sekarang.

Bertindak ajar AS, Israel

Oleh MOHD. HELMI ABDULLAH

PALESTIN diiktiraf oleh negara-negara di dunia sebagai sebuah negara berdaulat kecuali Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Negara Palestin telah menjalankan proses demokrasi melalui pilihan raya pada 2006 yang memberi kemenangan kepada Hamas. Kejayaan Hamas menerajui sebuah negara dinafikan Israel atas sebab-sebab teknikal. Walhal, acuan demokrasi yang dipakai adalah acuan yang diterima semua negara yang mengamalkan proses tersebut.

Atas semangat perjuangan mempertahankan negara Israel, mereka melaksanakan satu mekanisme sendiri iaitu menggunakan peralatan senjata yang canggih untuk meranapkan logistik dan kemudahan Hamas.

Tindakan unilateral yang terang dan nyata ini sentiasa mendapat sokongan manja dan mesra daripada AS.

Justeru, beberapa cadangan segera harus ditimbang dan ahli parlimen yang bersidang tidak berapa lama lagi tidak perlu merakamkan ucapan kutuk mengutuk Israel kerana perbuatan itu tidak molek, sebaliknya tindakan yang berikut difikirkan lebih cepat kesannya dan mendalam ertinya buat rakyat Palestin.

1) Memulaukan barangan dan perkhidmatan keluaran AS dan Israel.

2) Menghalau diplomat dan menutup terus kedutaan AS di Kuala Lumpur.

3) Memanggil balik diplomat Malaysia dari Amerika.

4) Menggesa supaya perjanjian FTA dan pelaburan baru dari AS digantung untuk tempoh lima tahun.

5) Melarang MAS dan AirAsia mendarat di mana-mana negeri di AS.

6) Menghentikan penjualan minyak ke AS.

7) Menghentikan penghantaran baru pelajar Malaysia ke AS.

8) Menarik pelaburan strategik ke AS.

9) Mencairkan semua aset tunai dan bukan tunai Malaysia di bank-bank di AS.

10) Menggunakan urus niaga mata wang Euro/Dinar Emas dalam perdagangan dua hala dengan negara lain.

11) Menggesa dan melobi agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibubarkan serta-merta dan membentuk satu pertubuhan baharu eg; Persekutuan Negara-negara Dunia (World Country Federation) yang tidak memerlukan penyertaan AS dan Israel.

12) Melakukan inovasi terhadap syarikat francais milik AS dan memalaysiakan produk tersebut.

Malaysia tidak perlu takut berkaitan krisis ekonomi kerana selagi lima bilion penduduk dunia hidup maka kita masih boleh berniaga dan berurus niaga dengan pihak yang akhirnya tidak akan menzalimi kita.

Populasi umat Islam dan masyarakat di Asia jika dapat ditembusi sepenuhnya masih boleh memberikan kekayaan kepada Malaysia.

Palestin mangsa perpecahan Arab

Oleh Saodah Abd. Rahman

Pembunuhan dan serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin merupakan satu ujian yang paling bermakna kepada Isreal untuk melihat sejauh manakah kekuatan masyarakat Islam di negara-negara Arab mempertahankan maruah dan kewibawaan negara.

Para pemimpin Zionis di Israel begitu angkuh menunjukkan kekuatan mereka dengan membunuh dan memusnahkan masjid dan kawasan kediaman awam dan lain-lain dengan menggunakan senjata yang canggih dan begitu tersusun strategi untuk menakluk dan menakutkan masyarakat Islam di negara Arab.

Peristiwa pembunuhan masyarakat Palestin oleh kumpulan Zionis berterusan sejak penubuhan Israel pada 1948. Paling menghairankan para pemimpin negara Arab yang merupakan saudara sesama bangsa dan agama tidak pernah menyedari bahawa penaklukan terhadap Gaza dan bumi Palestin merupakan satu lambang kekuatan kepada Israel. Penaklukan ini merupakan satu ancaman yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial di seluruh negara Arab.

Fenomena yang wujud dalam negara-negara Arab masa kini memberi peluang yang paling baik untuk Zionis menunjukkan taring mereka yang tajam dan kejam. Masyarakat Arab bermusuhan sesama sendiri. Pihak militan begitu sibuk dengan strategi mengebom tempat awam dengan meletupkan diri sebagai satu cara untuk mengusir tentera asing dari negara mereka.

Strategi begitu tidak mungkin dapat menyelesaikan permasalahan dalam negara, malah ia boleh menjatuhkan kewibawaan umat Islam sebagai pejuang yang handal untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kewiraan dan kehebatan umat Islam dalam mempertahankan agama dan bangsa perlu dilihat dalam perspektif perjuangan Islam yang diredai oleh Allah SWT. Jika tindakan dan strategi yang dilakukan untuk menghalau penjajah dilakukan secara emosi tanpa menggunakan akal yang rasional dan berdasarkan kepada hukum-hakam Allah maka setiap perjuangan yang dilakukan walaupun berjuta orang berkorban secara membunuh diri maka perjuangan demikian akan menghadapi kegagalan kerana tindakan demikian tidak direstui oleh Allah.

Strategi dalam perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara yang wujud dalam negara-negara Arab masa kini sukar untuk mencapai kejayaan. Ini kerana wujud pelbagai kumpulan yang memperjuangkan kepentingan masing-masing.

Terdapat para pejuang yang begitu gigih mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara tetapi mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalaman sehingga usaha mereka untuk membentuk sebuah negara Palestin dan Arab yang bermaruah terbantut.

Sikap mementingkan diri dan kedudukan kuasa di antara para pemimpin negara Arab masa kini terlalu jelas dan amat ketara. Jika negara mereka boleh dijadikan sebagai tapak untuk tentera asing menyerang negara sesama bangsa dan agama mereka maka ini memberi satu gambaran bahawa masyarakat Arab yang beragama Islam sudah luput konsep persaudaraan yang dipupuk oleh Rasulullah SAW dalam pemikiran dan sanubari mereka.

Jika pemikiran dan jiwa para pemimpin negara-negara Arab sudah dikuasai oleh kerakusan kuas, kedudukan dan kekayaan maka tidak mungkin masyarakat Palestin akan terbela jika setiap individu di negara itu dibunuh secara kejam oleh Zionis.

Setiap persidangan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak dapat memberi sebarang kesan kerana kebanyakan individu yang menganggotai persidangan tersebut terdiri daripada orang yang kurang peka terhadap nyawa dan maruah agama dan bangsa.

Peristiwa para pemimpin Arab menggunakan kuasa asing untuk mempertahankan kedudukan dan kuasa mereka sehingga sanggup membunuh rakyat secara kejam merupakan satu fenomena yang wujud dalam negara Arab sejak negara-negara Arab mendapat kemerdekaan daripada penjajah Barat. Malah terdapat para pemimpin mereka bertindak terhadap rakyat seperti mana tentera Zionis membunuh rakyat Palestin.

Rakyat dan masyarakat Arab cukup memahami fenomena yang wujud dalam negara mereka. Bagi golongan cendekiawan dan sarjana Arab, dunia Barat dijadikan sebagai tempat untuk mereka bernaung dan menghasilkan penulisan secara kritikal dan memperkembangkan karier mereka dalam pelbagai bidang profesional.

Apabila berlaku penghijrahan golongan bijak pandai atau brain drain ke negara luar maka negara-negara Arab menghadapi ketandusan golongan profesional. Masyarakat yang bermastautin di negara-negara Arab terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan kekurangan dalam kehidupan kerana para pemimpin negara Arab sibuk dengan strategi menentang dan menghapuskan rakyat yang menentang ideologi kepimpinan mereka.

Kuasa Barat dijadikan sebagai pelindung keselamatan peribadi para pemimpin Arab. Pemikiran dan jiwa mereka kurang ditumpukan kepada pembangunan dan projek ekonomi yang boleh meredakan dan melembutkan jiwa rakyat. Rakyat yang miskin dan lapar akan tidur nyenyak apabila perut mereka diisi dengan makanan dan minuman.

Kegiatan begini kurang dijadikan sebagai agenda utama dalam sistem pemerintahan mereka. Jika askar Zionis membunuh secara rakus beratus rakyat Palestin maka seluruh dunia Islam bangun menunjukkan penentangan kerana kekejaman demikian tersiar dalam media antarabangsa.

Berdasarkan kepada fenomena begini apakah yang boleh diharapkan dalam persidangan OIC? Jika mereka menunjukkan sikap terlalu prihatin dalam persidangan OIC, ini mungkin disebabkan oleh ketakutan dan kebimbangan negara mereka akan ditakluk oleh Isreal apabila Palestin menjadi jajahan Israel.

Perjuangan untuk mempertahankan tanah air daripada penjajahan hanya tersemat dalam jiwa rakyat kerana masih ramai masyarakat Arab yang mempunyai keimanan dan ketakwaan yang tinggi dan sanggup berjuang mempertahankan tanah air mereka.

Jika rakyat mempunyai jiwa yang kental mereka akan bertarung sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Jika pemimpin mempunyai jiwa yang kental dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka tidak akan menjadi rakus malah mereka sanggup kehilangan kuasa dan kedudukan.

Pemimpin begini tidak wujud dalam dunia Islam masa kini. Oleh itu Zionis dan kuncu-kuncunya tidak mempunyai sebarang perasaan hormat atau segan kepada para pemimpin dunia Islam masa kini.

Para pemimpin Islam berada dalam ambang ketandusan jiwa agama dan kerohanian. Demi kedudukan, kuasa dan kekayaan mereka sanggup melihat mayat masyarakat Islam bergelimpangan akibat dentuman bom dan senjata canggih kuasa asing bermaharaja lela dalam negara Islam.

Berapa lamakah penderitaan masyarakat Islam terutamanya di Palestin akan berakhir? Peristiwa begini tidak akan berkahir selama mana para pemimpin Islam tidak disematkan dengan jiwa yang berunsurkan ketakwaan dan kasih sayang sesama umat Islam.

Negara Islam masih dibendung oleh semangat nasionalisme yang terlalu tinggi dan dikekang oleh batasan sempadan walaupun setiap hari saudara mereka semakin ramai tersungkur akibat bedilan tentera Zionis.

Peristiwa begini wujud disebabkan kuncu-kuncu Zionis merupakan penaung kepada kekuatan dan kekuasaan mereka. Setiap aspek keselamatan dan kekuatan mereka dirancang oleh kuncu-kuncu Zionis.

Jika Israel merupakan sebuah negara yang mendapat perlindungan kuasa Barat maka para pemimpin Arab juga merupakan orang yang sentiasa menagih belas kasihan dari Barat untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan mereka.

Berdasarkan kepada fenomena begini maka amat sukar untuk rakyat Palestin bertindak menentang Israel dengan menggunakan senjata. Perundingan dan strategi yang kukuh sahaja dapat menyelamatkan nyawa beribu rakyat Palestin.

Dalam suasana begini, masyarakat Islam seluruh dunia perlu memainkan peranan untuk membantu mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam era globalisasi masyarakat dunia sama ada Islam atau bukan Islam secara umumnya benci kepada pembunuhan.