Sebaik sahaja turun ayat yang bermaksud “…telah diizinkan (berperang) bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka” (al-Hajj: 39). Maka berteriaklah kaum Muslimin di sekitar Madinah “Allahu akhbar! Allahu akhbar!” Tanda semboyan betalion Muslimin sudah dijulang ke angkasa.
Sebaik sahaja kelengkapan perang disiapkan, maka bergeraklah para pejuang Islam ke medan al-Badar. Sehari sebelum berperang al-Hubab al-Munzir melontar buah fikiran kepada Rasulullah saw, katanya “Wahai Rasul Allah, pada pendapatku berhenti di tempat ini tidak begitu sesuai, pindahkanlah orang-orang ke tempat yang lebih dekat dengan mata air daripada mereka (musyrik mekah). Kita berhenti di tempat itu dan kita timbus kolam-kolam di belakang mereka. Kemudian kita buat kolam yang akan kita isi dengan air hingga penuh. Setelah habis berperang, kita boleh minum dan mereka pula tidak boleh ” Baginda menjawab “Engkau telah memberi buah fikiran yang tepat”...
read more at http://fnmuhamad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment