Friday, May 2, 2008

Student Should Be...

TIMB MENTERI PENGAJIAN TINGGI VS KKK

SAIFULLAH ZULKIFLI –
www.saifullahzulkif li.blogspot. com

Perbandingan yang menarik jika melihat ungkapan
daripada dua individu yang mempunyai ‘authority’ besar
di dalam persoalan mahasiswa dan generasi muda.
Pertama adalah Timb Menteri Pengajian Tinggi sewaktu
perbincangan tertutup dengan beliau dan kedua adalah
Prof Koo Kay Kim sewaktu menghadiri seminar hak asasi
manusia dan mahasiswa anjuran pihak yang sama iaitu
Kementerian Pengajian Tinggi.

Timb Menteri Pengajian Tinggi sewaktu perbincangan
tersebut mungkin banyak dipengaruhi oleh latar
belakang beliau yang aktif di dalam pertubuhan belia,
malah beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Apa yang menarik
untuk dikupas disini apabila mendengar pandangan belia
tentang generasi muda dan definasi beliau tentang
generasi muda.

Generasi muda yang disifatkan sebagai golongan
‘gila-gila’ dalam masyarakat sentiasa cenderung untuk
melakukan sesuatu yang ekstrim dan melanggar batasan
kerana sifat yang ‘panas’, kurang ilmu, kurang matang
dan mahu kelihatan lain dari yang lain. Sifat-sifat
inilah yang banyak membawa generasi muda sesetengahnya
terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti
masalah sosial, rempit, hedonistik dan sebagainya.

Dalam hal yang lain pula, sifat-sifat yang seperti ini
juga membawa kepada generasi muda yang radikal,
anti-establishment dan kritikal dalam satu-satu hal.
Generasi muda dalam pandangan Timb menteri itu
melihatkan satu kuasa besar dan kuasa pendesak yang
dimainkan oleh generasi muda. Generasi Muda yang celik
mindanya dan kritikal pemikirannya kepada persekitaran
terutama isu politik dikuatiri akan membawa bala
bencana kepada kerajaan dan masyarakat.

Oleh itu di dalam mendepani masalah ini, timb menteri
tersebut menggagaskan satu idea bahawa generasi muda
perlu dilambakkan dan diasak dengan aspek fizikal.
Program-program yang bersifat pertandingan sukan,
futsal, paint ball perlu dibanyakkan kerana ini dapat
mengalihkan fokus generasi muda daripada memikirkan
masalah ummat dan politik negara disebabkan
kecenderungan generasi muda yang radikal serta tidak
mampu untuk menilai satu-satu hal secara matang.

Berbanding program-program yang bersifat
intelektulisma dan idealisma, disifatkan sebagai
perkara yang ‘sekondari’, sampingan yang tidak begitu
relevan dengan generasi muda yang darah panas dan
energatik. Jika mahu dibuat nisbahan, 80 peratus
fizikal dan 20 peratus mental.

Hal ini mungkin mendapat pandangan yang berbeza
apabila Prof Koo Kay Kim bercakap soal generasi muda
dan mahasiswa sewaktu menjadi panel di dalam forum
mahasiswa dan hak asasi manusia pada 17 April 2008.
Prof KKK menzahirkan kekecewaan kerana kehadiran
perserta yang amat mendukacitakan, sekitar 60 orang.
Kekecewaan ini beliau kaitkan dengan fenomena
mahasiswa dan generasi muda pada hari ini yang begitu
‘obsess’ dan dimomokkan dengan orientasi peperiksaan.

Segala-galanya adalah untuk mendapat gred dan markah
yang baik dalam peperiksaan. Setiap bacaan yang dibaca
adalah untuk menjawab soalan peperiksanaan, segala
tindakan termasuk program yang dilaksanakan adalah
untuk mendapat markah atau merit yang baik di dalam
satu satu ujian. Universiti dan mahasiswa hari ini
mementingkan markah dan keputusan yang baik mengatasi
permasalahan masyarakat, melakukan kebaikkan pada yang
lain, kesedaran sivik dan menyumbang kepada ummat.
Generasi yang sebegini hanya akan melahirkan satu
generasi mendatang yang hanya bersifat materialistik
dan individualistik.

Prof KKK yang menyeru agar tradisi ilmu diangkat
semula dengan bacaan yang baik, penerbitan yang
mencabar minda malah diterbitkan oleh mahasiswa
sendiri dan perbincangan serta diskusi ilmu yang
mengangkat martabat generasi muda. Prof KKK berseloroh
dalam mengungkap fenomena ini apabila mahasiswa dahulu
sebagai contoh jabatan sejarahnya sendiri, menerbitkan
jurnal sejarah yang diterbitkan sendiri oleh mahasiswa
tetapi pada hari ini jurnal itu terpaksa diambil alih
oleh jabatan dan kalau diterbitkan sekalipun amat
kecil bilangan mahasiswa yang membacanya.

Malah apabila bercakap hal ini, saya teringat tulisan
yang di tulis Prof KKK di dalam buku Mahasiswa Abad 21
yang menyatakan bahawa forum dan diskusi ilmu begitu
segar di universiti. Hampir setiap malam pasti ada
saja program ilmu yang dianjurkan. Ramai ilmuwan dan
ahli politik diundang bagi berdiskusi dan berdialog
dalam hal masyarakat dan dasar negara. Prof KKK
mengunkapkan bahawa hanya mereka yang betul bersedia
dan berkelayakkan akan berani untuk menerima undangan
tersebut. Jika tidak panel tersebut hanya akan
memalukan diri sendiri kerana tidak mempu perbahas
dengan mahasiswa.

Masyarakat hari ini termasuk warga IPT dan mahasiswa
terperangkap dengan salah tafsir dasar pengajian atau
pendidikan tinggi. Jika di Tanya masyarakat secara
umum tentang kemasukan pelajar ke universiti pasti
ramai yang akan mengatakan tujuan masuk ke universiti
adalah untuk mendapat kerja yang bagus.

Prof KKK menempelak golongan sebergini yang katanya
lebih baik jual pisang goring daripada masuk ke
universiti menjadi mahasiswa, pensyarah atau menteri.
Kerana menjadi pensyarah belum tentu kaya jika nak
banding dengan peniaga. Contoh Mendiang Lim Goh Tong
mungkin antara contoh yang terbaik.

Mendiang Lim Goh Tong yang hanya mendapat pendidikan
rendah sewaktu berada di Tanah Besar China, tidak
mampu bertutur dalam bahasa melayu dan Inggeris tetapi
menjadi lelaki ketiga terkaya di Malaysia dengan asset
lebih 3 billion. Begitu juga Bill Gates lelaki terkaya
dunia yang hanya memegang diploma sahaja. Masuk ke
universiti sama sekali bukan tujuan untuk menjadi kaya
dan kerja yang bagus.

Bergelar mahasiswa perlu lebih hanya sekadar
menghadiri kelas, membuat tugasan, menyiapkan projek
akhir yang akhirnya memegang segulung ijazah. Tetatpi
bergelar mahasiswa berperanan lebih daripada itu.
Mengangkat tradisi intelektual, kepedulian kepada
ummat, peka kepada persoalan sekeliling dan
kesungguhan di dalam melakukan perubahan kepada yang
lebih baik.

Berdasarkan dua perbandingan ini saya menyerahkan
kepada pembaca untuk buat penilaian.

No comments: