Friday, May 2, 2008

APA ITU WASIAT?

APA ITU WASIAT?





Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi / Pentadbir pusaka untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.





Kebaikan Wasiat - satu langkah bertanggungjawab bagi memastikan pembahagian aset kepada waris berlaku dengan adil dan saksama mengikut hukum syara’ (faraid)





“Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai saudara laki-laki (seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada harta. Tetapi jika saudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.”

(An-nisa : 12)





“Tidak sepatutnya seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidur lebih dari dua malam berturut-turut melainkan dia telah menulis wasiat disisinya.”

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)




Siapa Yang Perlu Berwasiat



ü Mereka yang tidak mempunyai anak



ü Mereka yang mempunyai anak angkat



ü Mereka yang mempunyai anak perempuan sahaja



ü Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun



ü Bujang



ü Muallaf



ü Ibu / Bapa tunggal



ü Empunya-empunya harta



ü Empunya akaun bank, saham, KWSP dsb



ü Mereka yang banyak harta dan hutang




Masalah Tanpa Dokumen Wasiat



Ø Tempoh Penyelesaian Harta Yang Lama



Ø Terdapat kes penyelesaian yang menjangkau sehingga 50 tahun untuk diselesaikan



Ø Masalah Pemegang Amanah



Ø Ketiadaan wasi yang sah membolehkan harta si mati dimanipulasi dan anak-anak dinafikan hak



Ø Persengketaan Sesama Waris



Ø Waris akan bertelingkah tentang harta dan ini boleh memudaratkan hubungan kekeluargaan





Harta Yang Memerlukan Dokumen Penyataan Wasiat



v Semua akaun-akuan bank



v Semua skim pelaburan seperti saham amanah, simpanan tetap, saham dsb



v KWSP, Takaful, Insuran, Tabung Haji dsb



v Harta tak alih sperti rumah, tanah dsb



v Harta alih seperti barangan kemas dsb

No comments: