Friday, May 2, 2008

Student Should Be...

TIMB MENTERI PENGAJIAN TINGGI VS KKK

SAIFULLAH ZULKIFLI –
www.saifullahzulkif li.blogspot. com

Perbandingan yang menarik jika melihat ungkapan
daripada dua individu yang mempunyai ‘authority’ besar
di dalam persoalan mahasiswa dan generasi muda.
Pertama adalah Timb Menteri Pengajian Tinggi sewaktu
perbincangan tertutup dengan beliau dan kedua adalah
Prof Koo Kay Kim sewaktu menghadiri seminar hak asasi
manusia dan mahasiswa anjuran pihak yang sama iaitu
Kementerian Pengajian Tinggi.

Timb Menteri Pengajian Tinggi sewaktu perbincangan
tersebut mungkin banyak dipengaruhi oleh latar
belakang beliau yang aktif di dalam pertubuhan belia,
malah beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Apa yang menarik
untuk dikupas disini apabila mendengar pandangan belia
tentang generasi muda dan definasi beliau tentang
generasi muda.

Generasi muda yang disifatkan sebagai golongan
‘gila-gila’ dalam masyarakat sentiasa cenderung untuk
melakukan sesuatu yang ekstrim dan melanggar batasan
kerana sifat yang ‘panas’, kurang ilmu, kurang matang
dan mahu kelihatan lain dari yang lain. Sifat-sifat
inilah yang banyak membawa generasi muda sesetengahnya
terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti
masalah sosial, rempit, hedonistik dan sebagainya.

Dalam hal yang lain pula, sifat-sifat yang seperti ini
juga membawa kepada generasi muda yang radikal,
anti-establishment dan kritikal dalam satu-satu hal.
Generasi muda dalam pandangan Timb menteri itu
melihatkan satu kuasa besar dan kuasa pendesak yang
dimainkan oleh generasi muda. Generasi Muda yang celik
mindanya dan kritikal pemikirannya kepada persekitaran
terutama isu politik dikuatiri akan membawa bala
bencana kepada kerajaan dan masyarakat.

Oleh itu di dalam mendepani masalah ini, timb menteri
tersebut menggagaskan satu idea bahawa generasi muda
perlu dilambakkan dan diasak dengan aspek fizikal.
Program-program yang bersifat pertandingan sukan,
futsal, paint ball perlu dibanyakkan kerana ini dapat
mengalihkan fokus generasi muda daripada memikirkan
masalah ummat dan politik negara disebabkan
kecenderungan generasi muda yang radikal serta tidak
mampu untuk menilai satu-satu hal secara matang.

Berbanding program-program yang bersifat
intelektulisma dan idealisma, disifatkan sebagai
perkara yang ‘sekondari’, sampingan yang tidak begitu
relevan dengan generasi muda yang darah panas dan
energatik. Jika mahu dibuat nisbahan, 80 peratus
fizikal dan 20 peratus mental.

Hal ini mungkin mendapat pandangan yang berbeza
apabila Prof Koo Kay Kim bercakap soal generasi muda
dan mahasiswa sewaktu menjadi panel di dalam forum
mahasiswa dan hak asasi manusia pada 17 April 2008.
Prof KKK menzahirkan kekecewaan kerana kehadiran
perserta yang amat mendukacitakan, sekitar 60 orang.
Kekecewaan ini beliau kaitkan dengan fenomena
mahasiswa dan generasi muda pada hari ini yang begitu
‘obsess’ dan dimomokkan dengan orientasi peperiksaan.

Segala-galanya adalah untuk mendapat gred dan markah
yang baik dalam peperiksaan. Setiap bacaan yang dibaca
adalah untuk menjawab soalan peperiksanaan, segala
tindakan termasuk program yang dilaksanakan adalah
untuk mendapat markah atau merit yang baik di dalam
satu satu ujian. Universiti dan mahasiswa hari ini
mementingkan markah dan keputusan yang baik mengatasi
permasalahan masyarakat, melakukan kebaikkan pada yang
lain, kesedaran sivik dan menyumbang kepada ummat.
Generasi yang sebegini hanya akan melahirkan satu
generasi mendatang yang hanya bersifat materialistik
dan individualistik.

Prof KKK yang menyeru agar tradisi ilmu diangkat
semula dengan bacaan yang baik, penerbitan yang
mencabar minda malah diterbitkan oleh mahasiswa
sendiri dan perbincangan serta diskusi ilmu yang
mengangkat martabat generasi muda. Prof KKK berseloroh
dalam mengungkap fenomena ini apabila mahasiswa dahulu
sebagai contoh jabatan sejarahnya sendiri, menerbitkan
jurnal sejarah yang diterbitkan sendiri oleh mahasiswa
tetapi pada hari ini jurnal itu terpaksa diambil alih
oleh jabatan dan kalau diterbitkan sekalipun amat
kecil bilangan mahasiswa yang membacanya.

Malah apabila bercakap hal ini, saya teringat tulisan
yang di tulis Prof KKK di dalam buku Mahasiswa Abad 21
yang menyatakan bahawa forum dan diskusi ilmu begitu
segar di universiti. Hampir setiap malam pasti ada
saja program ilmu yang dianjurkan. Ramai ilmuwan dan
ahli politik diundang bagi berdiskusi dan berdialog
dalam hal masyarakat dan dasar negara. Prof KKK
mengunkapkan bahawa hanya mereka yang betul bersedia
dan berkelayakkan akan berani untuk menerima undangan
tersebut. Jika tidak panel tersebut hanya akan
memalukan diri sendiri kerana tidak mempu perbahas
dengan mahasiswa.

Masyarakat hari ini termasuk warga IPT dan mahasiswa
terperangkap dengan salah tafsir dasar pengajian atau
pendidikan tinggi. Jika di Tanya masyarakat secara
umum tentang kemasukan pelajar ke universiti pasti
ramai yang akan mengatakan tujuan masuk ke universiti
adalah untuk mendapat kerja yang bagus.

Prof KKK menempelak golongan sebergini yang katanya
lebih baik jual pisang goring daripada masuk ke
universiti menjadi mahasiswa, pensyarah atau menteri.
Kerana menjadi pensyarah belum tentu kaya jika nak
banding dengan peniaga. Contoh Mendiang Lim Goh Tong
mungkin antara contoh yang terbaik.

Mendiang Lim Goh Tong yang hanya mendapat pendidikan
rendah sewaktu berada di Tanah Besar China, tidak
mampu bertutur dalam bahasa melayu dan Inggeris tetapi
menjadi lelaki ketiga terkaya di Malaysia dengan asset
lebih 3 billion. Begitu juga Bill Gates lelaki terkaya
dunia yang hanya memegang diploma sahaja. Masuk ke
universiti sama sekali bukan tujuan untuk menjadi kaya
dan kerja yang bagus.

Bergelar mahasiswa perlu lebih hanya sekadar
menghadiri kelas, membuat tugasan, menyiapkan projek
akhir yang akhirnya memegang segulung ijazah. Tetatpi
bergelar mahasiswa berperanan lebih daripada itu.
Mengangkat tradisi intelektual, kepedulian kepada
ummat, peka kepada persoalan sekeliling dan
kesungguhan di dalam melakukan perubahan kepada yang
lebih baik.

Berdasarkan dua perbandingan ini saya menyerahkan
kepada pembaca untuk buat penilaian.

Kerja Kosong..Hurry up for Final Year Student!!!

Customer Service Executive
Vads Berhad. Subsidiary of Telekom Malaysia.
Will be based in Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
We want you……….
* SPM/Diploma holder/Degree Holder
* Can speak English / Malay
* Good communication skill
* Willing to work on shift
* Experience will be advantage, but training will be provided
* 40 positions available
* No marketing involved
:) New graduates are encouraged to apply
Salary ranged between RM 1700 – RM 2200
( Based on qualification and experience)
Call ONLY
Shahrul 0136032152 NOW !!!

APA ITU WASIAT?

APA ITU WASIAT?





Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi / Pentadbir pusaka untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.





Kebaikan Wasiat - satu langkah bertanggungjawab bagi memastikan pembahagian aset kepada waris berlaku dengan adil dan saksama mengikut hukum syara’ (faraid)





“Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai saudara laki-laki (seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada harta. Tetapi jika saudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.”

(An-nisa : 12)





“Tidak sepatutnya seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidur lebih dari dua malam berturut-turut melainkan dia telah menulis wasiat disisinya.”

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)




Siapa Yang Perlu Berwasiat



ü Mereka yang tidak mempunyai anak



ü Mereka yang mempunyai anak angkat



ü Mereka yang mempunyai anak perempuan sahaja



ü Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun



ü Bujang



ü Muallaf



ü Ibu / Bapa tunggal



ü Empunya-empunya harta



ü Empunya akaun bank, saham, KWSP dsb



ü Mereka yang banyak harta dan hutang




Masalah Tanpa Dokumen Wasiat



Ø Tempoh Penyelesaian Harta Yang Lama



Ø Terdapat kes penyelesaian yang menjangkau sehingga 50 tahun untuk diselesaikan



Ø Masalah Pemegang Amanah



Ø Ketiadaan wasi yang sah membolehkan harta si mati dimanipulasi dan anak-anak dinafikan hak



Ø Persengketaan Sesama Waris



Ø Waris akan bertelingkah tentang harta dan ini boleh memudaratkan hubungan kekeluargaan





Harta Yang Memerlukan Dokumen Penyataan Wasiat



v Semua akaun-akuan bank



v Semua skim pelaburan seperti saham amanah, simpanan tetap, saham dsb



v KWSP, Takaful, Insuran, Tabung Haji dsb



v Harta tak alih sperti rumah, tanah dsb



v Harta alih seperti barangan kemas dsb

Falastheen

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Allahumma sholli `ala Muhammad wa `ala alihi wa sohbihi wa bareek `alaih

Moga semua dalam keadaan tenang, dibawah rahmat iman dan islam.

Kalau ada yg bertanya,mengapa falastheen, mengapa tidak dieja `Palestin' atau `Palestine'? Kerana dalam lughatil `arabiyyah (bahse Arab) sebutan bg palestin disebut dengan bunyi FALASTHEEN.

Jarang benar saya melaksanakan tanggungjawab menulis ttg isu ini. Mungkin kerana lambakan bahan dan info tentang isu ini, saya ambil mudah dan lebih senang meng'arah'kan pembaca dengan link2 dan artikel di laman2 web, tapi tidak menulis sendiri. Kali ini, mahu benar rasanya saya menulis sendiri, moga ada khair utk pembaca dalam penulisan yang tidak seberapa ini.

************ ********* ********* ********* *



Saya ingin mengajak anda sekalian untuk duduk sejenak, meletakkan diri anda di dalam semua situasi dibawah ini. Lebih baik jika dapat digambarkan dengan sebenar-benarnya. Tutuplah mata, gambarkan di kepala atau buatlah apa sahaja asalkan ruh anda terbawa ke dalam situasi-situasi ini:


SITUASI –SITUASI

- Bagaimana jika ayah kesayangan anda ditangkap hanya kerana mempertahankan kebun Zaitun miliknya? Dengan kebun Zaitun itu ayah anda menyara hidup sekeluarga, anda dan adik2 dapat belajar, ada makan pakai. Kini, ayah ada di penjara dan diseksa kejam Israel, kebun keluarga dirampas, dan anda terpaksa berhenti universiti utk membantu ibu mencari sesuap makan.Sedang ibu,menderita sakit kanser dan tidak dapat menerima bantuan yang wajar kerana hospital tidak dapat beroperasi akibat tiada bekalan elektrik.Ambulans2 tersadai kerana tiada petrol utk menggerakkan. Saudara mara anda ramai yg meninggal dunia akibat tidak dirawat dengan sepenuhnya.Hatta pembedahan juga dilakukan tanpa sedikit bius pun kerana sesetengah ubatan dan bius disekat di sempadan.

- Kawan anda ada yang kudung kaki kirinya ditembus peluru sesat Zionis, ada yang hilang kedua-dua tangan, malah ada yang syahid tika berjuang melawan Yahudi laknatullah. Anda sendiri kehilangan sebelah mata akibat serpihan bom ketika operasi tanpa belas dikawasan perumahan anda. Pemuda-pemuda termasuk anda ramai yang menjadi penganggur kerana tidak dibenarkan bekerja oleh penjajah Yahudi.

- Adik anda, Reem yang usianya hanya 4 tahun melumurkan patung mainannya dengan cat merah dan adik lelaki anda minta dibelikan senapang sebagai hadiah ulang tahun. Malah jiran-jiran seusia mereka juga bermain dengan peluru, darah dan senjata. Kegembiraan zaman kanak-kanak mereka telah lama dirampas. Mereka tidak kenal apa itu chess, sahibba atau computer games, tapi mereka di'sajikan' dengan darah dan air mata.

- Kakak anda yang baru melahirkan dan bayinya menggigil kesejukan dalam selimut nipis. Suaminya telah lama syahid setelah diburu Zionis kerana terlibat dalam brigade al-aqsa.Tiada bekalan elektrik, tiada pemanas udara dalam pekat malam dibawah paras beku musim sejuk.Hanya lilin dan beberapa botol air bersih yang dapat anda berikan kerana anda juga sudah bertukar menjadi biru didalam dingin malam itu.

Apakah rasanya saudaraku?
Apakah rasanya andai itu yang berlaku padamu?
Apakah rasanya hidupmu?
Dapatkah kamu merasakan?

Dapatkah?
Dapatkan?

************ ********* ********* ********* *


Menjadi suatu kebiasaan bagi Aman Palestin untuk menjemput pimpinan dan individu Palestin sendiri utk datang ke Malaysia dalam rangka usaha memberikan kesedaran, perkembangan terkini, latihan dan berkongsi idea dalam usaha memberikan bantuan kepada rakyat Palestin sekaligus menyelamatkan Al-Quds dari cengakaman yahudi laknatullah alaih.

Sebagai salah seorang ahli keluarga Aman Palestin (yang kadang-kadang hidup dan kadang-kadang mati, astagfirullah) , kala berkesempatan, pasti akan turut hadir dalam mana2 seminar dan ceramah yang ada.

Semalam, diberi Allah peluang utk hadir sama dalam seisi TOT (training for trainers) di Putrajaya . Ucapan aluan dari Abu Hisyam begitu mengesankan. Ini kali kedua bertemu empat mata dengan beliau. Raut wajahnya tenang dalam ketegasan dan penderitaan. Suaranya jelas menggambarkan kecekalan mereka yang menjadi pelarian di Lubnan akibat kezaliman Yahudi.Ucapannya sering disambut laungan takbir oleh peserta. Itulah Abu Hisyam .

Training kemudiaanya disampaikan oleh Isa al-imad, pemegang PhD dlm human resource dan pakar kekeluargaan. Training berkisar ttg kekuatan, peranan dan langkah dalam membantu menyelamatkan Aqsa.

Menariknya, kedua-dua mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, namun tidak menjadi sedikitpun penghalang. Semua disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan secara lansung beberapa ustaz (bergilir-gilir) . Amat mengesankan apabila mendengar dari mulut mereka sendiri dalam lughah al-quran(bahasa al-quran). Malah sempat divideokan kata-kata mereka, cuma sayangnya tidak dapat dikongsikan disini.

Abu Hisyam dalam ucapannya membawa khabar:

"Di gaza pada masa ini, 105 orang pesakit meninggal dunia setiap hari kerana kekurangan bantuan perubatan akibat catuan dan penutupan sempadan" (Bayangkan saudaraku sekalian, tika kita sibuk merungut perkhidmatan di hospital swasta atau umum yang `tidak efficient', mereka lansung tidak punya pilihan selain terlantar menunggu ajal!)

"Serangan berterusan di kawasan awam dan perumahan. 3-10 penduduk awam meninggal setiap hari akibat serangan."

"Sempadan yang dibom tempohari telah ditutup kembali. Kita hanya mampu berdoa moga sempadan itu kembali dibuka dan dapatlah rakyat Palestin menerima bantuan dan keperluan asas"

Saya juga jadi teringat ketika Gaza ditutup dari bantuan luar, dari laman-laman web kita dapat ketahui, mereka bergelap, tiada pemanas ketika hawa musim dingin menyucuk-nyucuk, hatta bekalan air bersih sendiri pun tidak mencukupi.Mengikut data dari WHO, kebersihan bekalan air disana jauh lebih rendah dari standard minimum yang ditetapkan badan dunia itu. Innalillah, andai kita membuka mata!

"Ini adalah 3 keadaan di Quds sekarang..

1) Masjid al-Aqsa disekat sepenuhnya dari penduduk. Telah dibina tembok yang sangat tinggi yang menghalang dari orang islam utk memasuki masjid Aqsa
2) Israel telah membawa lebih banyak rakyat mereka ke kawasan Al-Quds dan. Setakat ini telah ada 700 penempatan baru dibina Israel disekitar Al-Quds.
3) Penduduk asal yang berada disana dihalau secara paksa dan rumah- rumah-rumah orang islam telah dihapuskan."

Kalaulah kita mendengar semua ini, kemudian masih berpeluk tubuh, periksalah hati dan jiwa...benarkah mengaku sebagai orang islam?

Isa al-imad pula pada awal pembentangan dengan jelas menegaskan:

"Al-Quds adalah akidah.kalau kamu beriman kpd Allah tiada ada pilihan bagi kamu.Tidak sempurna iman selagi kita tidak berusaha membebaskan Aqsa!!!"

Katanya, umat islam sekarang lebih tertumpu pada kelemahan. Bila ditanya kelemahan, berjela-jela dapat dijawap. Bila ditanya kekuatan, semua tersipu-sipu malu menjawap. Mengapa harus malu?Mengapa? Mengapa tidak kita gunakan kekuatan kita??? Usir rasa malu itu, bina kekuatan dan jadikannya sbg senjata!!

"Tidak boleh bekerja berseorangan untuk membantu Aqsa. Perlu bekerjasama, lebih ramai, lebih baik. Jadikan perbezaan diantara kamu sebagai satu kekuatan. Apabila semua yang memiliki keistimewaan dan anugerah yang berbeza digabungkan, maka akan wujudlah suatu kuasa yang besar dan dapat membantu menyelamatkan Aqsa"

Katanya lagi, kita perlu membuat Qarar (keputusan) dan Israr (berterusan menyebutkan) dan akhirnya Istimrar (berterusan melakukan). Ini adalah kaedah yang penting. Lakukan setiap hari. Yakinlah janji Allah bahwa kita suatu hari pasti akan dapat menakluki kembali Aqsa, Al-Quds dan Palestin keseluruhannya!

Beliau turut berkongsi, SEPULUH KUNCI dalam usaha membantu Aqsa:

1) Keinginan (Rughbah)
2) Pengetahuan (Ma'rifah)
3) Dipraktikkan (Mumarosah)
4) Optimis (Taghawul)
5) Gambarkan (Taswur)
6) Iltizam (Iltizam)
7) Disiplin (Inthibat)
8) Sabar (Sobru)
9) Bereterusan dalam usaha (Mudawamah)
10)Felxible (Murunah)

Adakah susah? Andai kita yakin dengan Qarar kita, kemudian tidak henti Israr dan istiqomah dalam Istimrar, in sya Allah, pertolongan Allah itu amat dekat. (Maaf saya tidak dapat menghuraikan satu persatu kunci2 ini disini. Panjang nanti jadinya!)

Kata-kata terakhir yang ingin dikongsikan dari Isa al-Imad:

"Susahkah wahai saudaraku utk kamu meluangkan hanya 5 minit dalam sehari, menadah tangan, berdoa utk kesejahteraan dan dipermudahkan urusan saudara-saudara di Palestin? Banyakkah andai kamu setiap hari hanya mengeluarkan RM1 utk membantu mereka yang berjuang bermati-matian disana? Dan banyakkan masa selama 5 minit setiap hari utk kamu membicarakan soal Palestin kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahui? Saudaraku, HANYA 10 MINIT & RM1 SETIAP HARI, adakah kamu tidak mampu?"

Allahu'alam . Tepuk dada, tanyalah iman dan usaha anda!!!

Wallahu'alam
Moga ada khair dan berkah dalam setiap amal!


Wardah as-Syauk

21 Rabiul Akhir 1429H
28 April 2008




Sumbangan boleh disalurkan ke Aman Palestin melalui account-account berikut:



Bank Islam: 12029010047880

Bank Muamalat: 12070005133717

Maybank: 562263010787



Aman Palestin Berhad

No. 1, Jalan 3/3B, 43650, Bandar Baru Bangi

Tel: 03-89267019

Fax: 03-89259963

amanpalestin@ yahoo.com

http://www.amanpale stin.com

Petikan dari laman http://salwasaleh. blogspot. com/2008/ 04/falastheen. html