Wednesday, July 29, 2009

Alhamdulillah, Usrah Unit Mula Berjalan Seperti Yang Dirancang

"dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengenbangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Al Imran : 104)

Alhamdulillah, selepas perbincangan demi perbincangan dibuat antara pimpinan dan mantan-mantan. Satu keputusan muktamad dibuat terhadap sistem manhaj usrah selama ini. Untuk semester pertama dan kali pertama unit usrah diwujudkan. Kita meletakkan 2 hingga 3 pimpinan untuk menggerakkan usrah unit. Memandangkan ini kali pertama mereka menggerakkan usrah unit, kita menggabungkan mereka. Agar mereka saling lengkap melengkapi dalam membawa usrah nanti. Walaupun perancangan kita disemester lepas agar setiap pimpianan akan membawa usrah unit yang telah diselaraskan. Namun ini merupakan langkah pertama pimpinan akan membawa usran unit, kita pertimbangkan dengan menggambungkan mereka.

Alhamdulillah setakat ni kita telah wujudkan 4 unit usrah peringkat bro. dan 3 unit usrah peringkat sis. Setiap usrah unit ini kami melantik naqib/naqibah dan timbalan naqib/naqibah. Sepertimana yang dirancang di semester lepas, usrah pimpinan semester lepas akan dijadikan usrah unit disemester ini. Kulaih-kulaih dasar disemester lepas akan dijadikan kuliah penyelarasan silibus usrah disemester ini. InsyaAllah untuk bagi setiap pengisian dalam kulaih penyelarasan usrah ini, kami akan menjemput mantan-mantan untk menberikannya. Agar pengetahuain setiap anak usrah akan diselaraskan dalam kulaih ini.

Untuk pengetahuan mantan-mantan, setiap usran unit ini kami syaratkan minima 5 orang anak usrah. Oleh itu atas usaha sendiri untuk melebihkan bilangan dari itu. Anak-anak usrah ini diambil daripada mereka-mereka yang terlibat secara lansung dengan aktiviti dan program Rakan Masjid. Ana bertanggungjawab memastikan perjalanan usrah-usrah unit ini berjalan sepertimana yang dirancang.

Usrah pimpinan berjalan seperti biasa. Memandangkan semester ini, kami fokuskan dan memberi perhatian sepenuhnya pada perjalanan usrah unit. Usrah pimpinan kami putuskan dilaksanakan bersama-sama mantan-mantan. Ini untuk mengurangkan sedikit bebanan pimpinan-pimpinan untuk membawa usrah unit ini.

InsyaAllah, menyedari beberapa masalah yang agak besar melanda Rakan Masjid menjadikan pimpinan kali ni betul-betul bersemangat dan bertekat agar apa yang dirancang ini berjaya. InsyaAllah jika apa yang dirancang berjaya, masalah penkadiran dan sistem tarbiyyah ahli akan dapat diatasi. Rakan Masjid akan kembali gemilang dalam kempus UTM -Ketua D&T.

3 comments:

Puteri Solehah Ayahbonda said...

Assalamualaikum buat adik2 n shbt2 RM...

Semoga segala perancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya..Amin

شكري بن سليمان بن يوسف بن اسماعيل said...

mulakn dengan yang mudah dahulu..asalkan ia terus beroperasi

Anonymous said...

alhamdulillah..moga2 segala perancangan kita sebelum ini berjalan lancar. moga2 usaha yg sedikit ni diberkati Allah.ameen